Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi jaminan bahawa beliau sama sekali tidak akan mempertaruhkan masa depan negara dengan memberikan janji-janji manis tanpa perancangan untuk membangunkan negara.
Beliau berkata sebagai perdana menteri, beliau memikul harapan kira-kira 30 juta rakyat di negara ini yang mengharapkan kerajaan menjulang masa depan negara ke satu tahap yang lebih tinggi di masa hadapan.
"Saya tidak akan membawa tuan-tuan sekalian kepada satu keadaan di mana saya sanggup pertaruhkan masa depan negara semata-mata nak tabur 'gula-gula' atau pun dedak kepada rakyat kerana saya mempunyai tanggungjawab besar," katanya.
Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Rakyat dan perjumpaan bersama UMNO Kubang Pasu di Dewan Wawasan, dekat sini, malam ini.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari Baharum dan bekas menteri besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff.
Sebagai pemimpin, Najib berkata, beliau telah membuat pelbagai perancangan jangka panjang untuk pembangunan negara antaranya seperti Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan pada masa yang sama memastikan keperluan asas rakyat diberikan keutamaan.
"Kita juga nak tentukan keperluan seharian kita cukup, kalau seharian tak cukup tak sampailah masa depan, jadi kita kena pastikan dapur berasap, hidangan makanan cukup, kediaman rumah sempurna, anak dapat sekolah, kemudahan kesihatan, peluang pekerjaan, pendapatan meningkat dan keselamatan terjamin," katanya.
Beliau juga membidas bekas perdana menteri selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak konsisten dalam perjuangan dan tidak istiqamah dalam parti apabila sanggup menghancurkan parti keramat UMNO demi kepentingan peribadinya.
Malah Najib berkata Dr Mahathir juga seperti 'cakap tidak serupa bikin' apabila dia sendiri mengkritik habis-habisan pemimpin di bawahnya yang menggantikannya, sedangkan beliau sendiri pernah meminta anggota parti agar sentiasa menyokong pemimpin baharu.
"Saya cakap terus terang, saya jadi perdana menteri dan ada kekuatan kerana UMNO angkat saya dan Barisan Nasional (BN) sokong saya, kalau UMNO dan BN tidak angkat dan pertahankan saya, saya tidak akan kuat," katanya.
Mengenai kerusi Parlimen Kubang Pasu, beliau yakin BN akan dapat mengekalkan kawasan kubu kuat parti itu serta kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Jitra dan Bukit Kayu Hitam dengan majoriti yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Najib, yang juga Pengerusi BN, turut memberikan jaminan bahawa Zon Bebas Cukai di Bukit Kayu Hitam akan menjadi agenda pembangunan dalam tempoh lima tahun akan datang lagi, malah ia sudah pun dimulakan melalui penghapusan tol di kawasan itu bermula Januari lalu.
"Tahun hadapan laluan di sana (pintu sempadan Bukit Kayu Hitam) akan dibuka 24 jam dan kawasan 12,000 ekar (Zon Bebas Cukai) merupakan titik permulaan gagasan pembangunan dari utara sampai ke selatan," katanya.
Najib kemudian mengumumkan peruntukan RM500 juta untuk pembangunan pasar Jitra dan RM400,000 bagi baik pulih gelanggang tenis yang disifatkan beliau sebagai salah satu bukti bahawa rakyat akan terus mendapat pelbagai manfaat jika BN kekal memerintah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 26 2018
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bergambar bersama orang ramai pada Majlis Jamuan Rakyat di Dewan Wawasan Jitra, 26 Mac, 2018. --fotoBERNAMA
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.