Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa beliau diletakkan dalam lokap sepanjang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebaliknya, beliau hanya berada dalam bangunan SPRM sepanjang proses memberi keterangan kepada suruhanjaya itu sejak 4 petang semalam.

“Terima kasih PDRM dan SPRM kerana memberi layanan baik pada saya. Saya tiada masalah untuk melalui proses ini asalkan mendapat keadilan.

BACA: 'Saya bukan pencuri, saya hendak keadilan'- Najib

“Saya nak keadilan supaya saya boleh bersihkan nama saya. Saya tak masuk dalam lokap saya dalam bangunan SPRM,” katanya dalam sidang media di perkarangan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini, petang tadi.