Dakwaan palsu 'The Wall Street Journal' (WSJ) terhadap Malaysia sekali lagi terbukti sebagai pembohongan, kali ini oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapura, kata Setiausaha Akbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.
Pada Selasa, katanya, WSJ mendakwa Goldman Sachs memindahkan US$3 bilion daripada dana terbitan bon 1MDB kepada BSI Bank di Singapura dengan sebahagian dana itu kemudian dipindahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Hari ini, Pihak Berkuasa Kewangan Singapura menyatakan bahawa tidak ada bank di Singapura menerima pemindahan wang US$3 bilion daripada Goldman Sachs berhubung terbitan bon 1MDB," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Walaupun keseriusan dakwaan mereka, katanya, WSJ sama sekali tidak memberi sebarang bukti untuk menyokong dakwaan mereka - ia kini menjadi proses standard pelaporan mereka mengenai Malaysia.
"Sebagai satu taktik pengecut untuk mengelak daripada disaman, WSJ memetik semua dakwaan mereka menggunakan sumber-sumber yang tidak dinamakan seperti 'mereka yang biasa dengan perkara itu' dan 'penyiasat-penyiasat' tanpa nama," katanya.
Tengku Sariffuddin berkata sumber-sumber ini mungkin atau mungkin tidak wujud atau hanya proksi-proksi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kegagalan kempen anti-Najib beliau.
Tidak ada acara untuk rakyat Malaysia mengetahuinya kerana WSJ enggan mendedahkan sebarang sumber, katanya.
Menurutnya, setiap minggu lebih banyak dakwaan WSJ dan sumber tanpa nama dibuktikan sebagai pembohongan.
Seperti dakwaan WSJ bahawa Perdana Menteri tidak disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia, sedangkan beliau ditemuramah untuk beberapa jam pada 5 Disember 2015, katanya.
"Atau beberapa laporan WSJ bahawa Perdana Menteri telah melantik Tan Sri Irwan Serigar Abdullah sebagai gabenor baharu Bank Negara Malaysia, apabila ini semua adalah palsu," katanya.
Tengku Sariffuddin berkata kini sudah jelas bahawa WSJ telah mengabaikan semua laporan berkecuali dan bebas mengenai Malaysia.
Dengan menyampaikan pembohongan yang tidak disahkan oleh musuh kerajaan sebagai fakta, WSJ telah menjadi alat yang rela dalam kempen mereka secara terbuka untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi dengan menggunakan 1MDB sebagai alasan, katanya.
Beliau berkata ia perlu disiasat mengapa WSJ menerbitkan begitu banyak pembohongan terbukti mengenai sebuah negara dan mengapa sebuah akhbar antarabangsa mengambil sikap 'menyebelahi' dalam urusan dalaman negara.
Bernama
Thu Jun 09 2016
"Sebagai satu taktik pengecut untuk mengelak daripada disaman, WSJ memetik semua dakwaan mereka menggunakan sumber-sumber yang tidak dinamakan." - Gambar fail
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguh selepas Najib disahkan alami cirit-birit
Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.
Pengurusan 1MDB sepatutnya lakukan usaha wajar mengenai PSI - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pengurusan 1MDB sepatutnya telah melakukan usaha wajar mengenai kewujudan PSI sebelum dana 1MDB disalurkan kepada PSI untuk tujuan usaha sama.
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.
Dana SRC AS$15 juta dipindah kepada beberapa individu termasuk anak bekas PM Mongolia
Menurut pakar penyiasatan kewangan itu penyelidikannya mendedahkan selain Battushig, Dash Uranbileg iaitu tokoh politik di Mongolia menerima AS$2 juta daripada Muraset.
AG peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil.
Perjanjian berkaitan pemulihan aset 1MDB tidak terperinci - Johari
Perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs berkaitan pemulihan aset 1MDB pada 2020, dibuat dengan tidak terperinci.