Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengumumkan semua daerah di negeri ini sebagai zon hijau COVID-19 selepas daerah Kuching dan Serian bertukar status daripada zon kuning kepada hijau setelah kedua-dua daerah itu tidak melaporkan kes jangkitan tempatan COVID-19 terbaharu dalam tempoh 14 hari.

Ini lima perkara penting kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Rabu.

1) Tempoh masa operasi perniagaan di Zon 1 meliputi Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian dibenarkan untuk kembali beroperasi seperti biasa berkuatkuasa 15 Ogos 2020.

2) Tiada kes pulih dan discaj terbaharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif yang pulih dan discaj kekal dengan 659 kes atau 96.77 peratus.

3) Tiga kes masih menerima rawatan dalam wad isolasi dan jumlah kematian kekal 19 kes atau 2.79 peratus.

4) 12 kes Person Under Investigation (PUI) baharu dilaporkan dan tiada kes yang masih menunggu laporan ujian makmal.

5) 10 kluster dilaporkan masih aktif melibatkan 70 kes setakat ini.