Sarawak bakal lakar sejarah tersendiri apabila berjaya mencipta biogas berasakan kanji rumbia pertama di dunia.
Projek yang sedang diusahakan dengan Craun Research ini telah mendapat kelulusan kerajaan negeri pada Mac 2020.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi, ia bakal menjadi sumber kepada gas alternatif yang menjadikan kos jauh lebih murah jika dibandingkan dengan penggunaan gas silinder pada ketika ini.
“Projek yang dibangunkan di Kampung Teh dan Kampung Tabo, Mukah ini pada asalnya adalah bagi mencari penyelesaian secara bersepadu kepada masalah pencemaran alam sekitar hasil aktiviti pemprosesan kanji rumbia.
“Hanya selepas itu beralih kepada penghasilan biogas kanji rumbia pada tahun 2018 hasil kajian Craun Research sejak 2003,” ujarnya.
Tambahnya, untuk fasa permulaan, biogas yang dihasilkan akan disalurkan untuk kegunaan isi rumah di dua kampung tersebut bagi menggantikan penggunaan gas konvensional.
Abdul Yakub berkata demikian semasa taklimat Projek Rakyat: Bionatural Gas Distribution for Rural Household bersama Ketua Pegawai Eksekutif Craun Research, Zaidell Hussaini pada Rabu.
Astro Awani
Wed Jul 08 2020
Projek yang dibangunkan di Kampung Teh dan Kampung Tabo, Mukah ini pada asalnya adalah bagi mencari penyelesaian secara bersepadu kepada masalah pencemaran alam sekitar daripada aktiviti pemprosesan kanji rumbia. FOTO: GAMBAR FAIL
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
Sarawak cipta biogas kanji rumbia pertama di dunia
Sarawak bakal lakar sejarah tersendiri sebagai negeri pertama di dunia yang mencipta biogas berasaskan kanji rumbia.
PRN Sarawak: Adenan Satem umum tiga bakal calon, tiga DUN
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan tiga calon