Cadangan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa untuk menutup sekolah tahfiz disifatkan terlalu radikal.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Dr Yusri Mohamad berkata pihaknya tidak bersetuju dengan saranan itu malah tafsiran jumud itu yang diberikan Zainuddin langsung tidak bertepatan dengan perkembangan semasa sekolah tahfiz seluruh negara.
"Saranan itu terlalu radikal. Sekolah tahfiz sekarang tidak sama dengan dahulu yang berjaya melahirkan pelajar berkemampuan dalam semua bidang pekerjaan.
"Tidak boleh buat kenyataan begitu (jumud) dan tidak seharusnya menghukum keseluruhan pelajar tahfiz jumud hanya kerana segelintir bersikap demikian," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Terbuka Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam yang turut dihadiri Pengarah YADIM Kelantan Mahadi Awang di sini, hari ini.
Majlis itu turut dimuatkan dengan sesi perbincangan meja bulat anggota jawatankuasa Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Kelantan berhubung isu dan masalah semasa negeri ini.
Yusri berkata sekolah tahfiz telah lama bertapak di negara ini dan sebarang kekurangan yang wujud dalam institusi berkenaan boleh diperbaiki dari semasa ke semasa dan bukannya dengan mengambil tindakan drastik menutup institusi berkenaan.
"Perkara ini perlu dirujuk kepada orang yang 'ahli' dalam bidang ini termasuk Kementerian Pendidikan bahagian Pendidikan Islam dan pakar akademik. Ini bukan bidang dia (Zainuddin)," katanya.
Zainuddin dalam blognya semalam meminta Mujahid menutup sekolah tahfiz sebagai usaha membawa keluar umat Islam daripada 'amalan agama jumud'.
Beliau yang dikenali sebagai Zam dalam blognya turut mendakwa sekolah tahfiz di negara ini tidak memberi harapan kepada masa hadapan generasi baharu Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 08 2018
Yusri (kanan) melayan tetamu yang hadir pada Majlis Hari Terbuka NGO Islam Kelantan dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sebuah hotel di Kota Bharu hari ini. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Penggodam disokong China sasar infrastruktur kritikal AS
Syarikat itu berkata organisasi yang terjejas oleh kempen berniat jahat itu antara lain termasuk maritim, kerajaan dan teknologi maklumat.
Isu asal usul COVID-19 dipolitikkan - Tinjauan CGTN
Hasil tinTjauan kumpulan pemikir China Global Television Network (CGN) mendapati bahawa 80 peratus responden berpendapat usaha merungkai asal usul pandemik COVID-19 dicemari politik.
"Saya tidak boleh menulis, kini berdepan masalah kesihatan" - Amitabh Bachchan
Bintang Bollywood Amitabh Bachchan kini dilaporkan sedang mengalami masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di India.
Memoir Thomas: Azalina gesa peranan AG dan pendakwa raya dipisahkan
Azalina berkata kuasa pendakwaan menjadikan Peguam Negara antara individu paling berkuasa di Malaysia.
Penulis blog 'Big Dog' meninggal dunia
Berita sedih mengenai pemergian Zakhir, 52, dikongsi oleh beberapa pengguna media sosial di laman Facebook Allahyarham, sebentar tadi.
Undang-undang diguna untuk sesuatu yang tidak demokratik, adil - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa undang-undang ketika ini digunakan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak demokratik dan adil.
'Tinggal saya seorang, saya kesunyian' - Tun M luah rasa sedih atas pemergian sahabat
Ahli Parlimen Langkawi berkata beliau dan Khalid bersama selepas tamat Perang Dunia Kedua.
Isu kuarantin: Khairuddin nafi ke Belanda, beri amaran saman pemfitnah
Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan dakwaan kononnya beliau pergi ke Belanda ketika lawatannya ke Turki semasa PKPP.
Malaysia mungkin jadi negara perasuah jika jenayah itu terus dipandang ringan - Tun M
Apabila ramai yang anggap rasuah bukan sebagai satu jenayah yang buruk, maka ia akan berkembang sehingga menjadi amalan seluruh masyarakat.
Lebih 50 peratus rakyat Malaysia percaya melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP
Nancy berkata, daripada tinjauan itu, sebanyak 50.9 peratus responden mempercayai bahawa melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP.