Perbalahan antara veteran DAP Lim Kit Siang dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung isu membuka semula siasatan ke atas kes kematian berprofil tinggi berterusan.

Kit Siang hari ini mempersoalkan Najib kenapa beliau tidak membuka semula siasatan kes kematian berprofil tinggi semasa menjadi perdana menteri.

“Dia patut jawab kenapa beliau tidak membuka siasatan semula semasa beliau menjadi perdana menteri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah calon Port Dickson dari Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kit Siang di Lukut.

Ia susulan daripada kenyataan Najib mendakwa Kit Siang tidak lagi mahu membalas gesaanya untuk membuka semua siasatan.

Najib berkata keengganan Pakatan Harapan untuk membuka semula siasatan kes berprofil tinggi seperti kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Sharriibbuu, bekas timbalan pendakwa raya Kevin Morais dan bekas pengerusi Ambank, Hussain Najadi, Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed membuktikan dirinya tidak bersalah.

BACA: Apa lagi yang Kit Siang mahu? - Tanya Najib

BACA: Najib alu-alukan kes pembunuhan Altantuya dibuka semula

Mengulas mengenai itu, Kit Siang membidas kenyataan Najib yang disifatkan sangat mengarut.

“Saya dapat rasakan bahawa beliau sama ada betul bodoh atau tidak faham apa yang saya kata kan.

“Atau ada orang lain yang menulis kenyataannya,” tambah Kit Siang.