Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) menjelaskan bahawa peruntukan RM20 juta yang disediakan MIGHT (Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi) tiada kaitan dengan pembangunan projek dron dan kereta terbang/ super drone (mobiliti udara) yang dibangunkan oleh Aerodyne Group.
MED dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan peruntukan dana itu adalah bagi membangunkan inovasi dan penyelidikan serta pembangunan Projek Kereta Nasional Baharu (NNCP), dengan DreamEdge dan MIGHT dilantik sebagai peneraju NNCP.
Kementerian itu turut menjelaskan ia tidak mempunyai peruntukan dan kuasa untuk meluluskan dana bagi tujuan pelaburan dalam sebarang projek dron.
"Projek ini (super drone) diterajui oleh sektor swasta dan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat tempatan. Projek ini tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada kerajaan dan oleh itu, ia tidak dibawa ke peringkat MPN (Majlis Pembangunan Negara) atau Mesyuarat Jemaah Menteri kerana tidak memerlukan sebarang keputusan kerajaan," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, tiada keperluan untuknya menjalankan audit kewangan dan harta intelek ke atas syarikat Aerodyne Group yang melaksanakan projek super drone kerana ia bukanlah merupakan perolehan kerajaan.
"Projek ini tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada kementerian dan kementerian tidak akan menanggung sebarang kerugian sekiranya projek ini tidak berjalan seperti yang dirancang.
"MED mengambil maklum rumusan dan cadangan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) berkaitan dengan mobiliti udara. Pihak kementerian sedang menyediakan maklum balas yang lengkap.
"Maklumat yang dikemukakan oleh kementerian ini adalah berdasarkan maklumat yang berada dalam kementerian. Maklumat tindakan agensi lain akan dilihat kembali oleh kementerian," menurut kementerian itu.
Terdahulu, PAC dalam laporannya mengenai projek super drone yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis, dan turut dimuat naik di laman web PAC, menyatakan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof membuat pengumuman terlalu awal mengenai projek tersebut.
Menurut laporan berkenaan, PAC juga mendapati MIGHT melalui VentureTech Sdn Bhd (VTSB) telah meluluskan pelaburan dalam Aerodyne sebanyak RM20 juta yang disalurkan pada 1 Nov lepas.
PAC juga meminta Jabatan Audit Negara (JAN) supaya membuat pengauditan terhadap pelaburan RM20 juta itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 28 2019
Projek super drone diterajui sektor swasta dan dibiayai sepenuhnya syarikat tempatan, ia tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada kerajaan. - Gambar hiasan
Rasuah: Kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari
Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada sebuah syarikat.
28,531 calon UPKK 2023 raih 8A
28,531 daripada 230,580 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya catat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin, mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
Mengenang sumbangan dan jasa Joseph Kurup
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah, Dr Romzi Ationg berkongsi pandangan dan memperingati sumbangan dan jasa mendiang Joseph Kurup.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas kepada Al Hilal.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
Senarai TSC FBI: MyCare sedia diaudit, pastikan ketelusan sumbangan
MyCare sentiasa bersedia untuk menjalankan pengauditan bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan dana kutipan derma.
Najib keluarkan surat tiada keperluan audit 1MDB - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin, 37, yang juga pegawai penyiasat kes 1MDB berkata surat itu dikeluarkan pada 22 Disember 2009.
Perak wujud pasukan petugas audit penubuhan taska di tempat kerja
Ia menyasarkan semua pejabat kerajaan seluruh negeri meliputi pejabat daerah dan tanah, majlis daerah, perbadanan, IPT dan hospital.
Pastikan peralatan sukan sekolah diaudit, jamin keselamatan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan akan memastikan setiap peralatan sukan di sekolah diaudit bagi menjamin keselamatan murid ketika menggunakannya.
Koperasi diingat laksana audit
Kegagalan mematuhi perkara itu akan menyebabkan koperasi hilang kelayakan untuk mendapatkan kemudahan yang ada di bawah SKM.
'Jangan hanya audit selepas projek selesai' - Akhbar Satar
Antara cara yang efektif dalam mereformasi kelemahan berkaitan ketirisan ini ialah mengadakan audit ketika projek masih berjalan.
Serba Dinamik terbit laporan tahunan pada 6 Jan ini
Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) akan menerbitkan laporan tahunan 2021 menjelang 6 Januari.
Audit: Permohonan bantuan penyelenggaraan sekolah perlu melalui JPN
Tidak boleh dikemukakan secara terus oleh pihak sekolah bagi memastikan penilaian teknikal dan kos munasabah.
Cuai, langgar kontrak: 1MDB, kerajaan saman rakan kongsi KPMG US$5.6 bilion
Kesemua plaintif menamakan rakan kongsi KPMG yang dilantik sebagai juruaudit 1MDB antara 15 Sept 2010 dan 10 Jan 2014, sebagai defendan pertama hingga ke-44.
MoF sahkan tindakan undang-undang difailkan terhadap rakan kongsi KPMG PLT
Kementerian Kewangan (MoF) pada Jumaat mengesahkan writ dan pernyataan tuntutan telah difailkan terhadap 44 rakan kongsi KPMG PLT pada 6 Julai, 2021.