Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis, hari ini diberitahu siasatan kes itu ditangguhkan seketika atas arahan Ketua Polis Negara (KPN) ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Zul Aznam Haron berkata, arahan itu diterimanya selepas beliau menghubungi Khalid menerusi panggilan telefon pada 20 Januari 2015.
Dalam perbualan itu, Zul Aznam berkata beliau memaklumkan mengenai penemuan kem penempatan sementara, penangkapan 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta penemuan struktur tanah menyerupai kubur di Bukit Wang Burma oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas tinjauan dan serbuan ke lokasi tersebut pada 19 Januari 2015.
"Selepas diberi taklimat oleh timbalan saya iaitu ACP Md Zukir Md Isa, saya menghubungi Ketua Polis Negara bagi memaklumkan mengenai perkara itu dan Tan Sri Khalid mengatakan 'Hold On' dengan alasan perkara itu memerlukan persediaan dan penelitian lebih teliti.
"Itu perbualan terakhir saya dengan Khalid dan saya beranggapan apabila dimaklumkan kepada Ketua Polis Negara, kes itu akan diberi perhatian oleh Bukit Aman," katanya yang hadir sebagai saksi ke-16 pada prosiding hari kelima itu.
Kepada pertanyaan bolehkah polis mengambil masa untuk mengambil tindakan selepas penempatan itu ditemui, Zul Aznam berpendapat ketiadaan sebarang tindakan dari tarikh 23 Januari hingga awal Mac itu mungkin disebabkan beberapa faktor seperti kes memberi impak besar kepada negara kerana melibatkan warga asing.
Zul Aznam, 66, yang kini bertugas sebagai pengarah keselamatan di Universiti Malaysia Perlis (Unimap), berkata siasatan kes itu 'hidup semula' apabila diberitahu pasukan komando polis VAT 69 akan memasuki kawasan hutan Wang Kelian bagi melakukan tinjauan lanjut.
"Keadaan tanpa tindakan itu berlarutan agak lama sehinggalah pada 5 Mac 2015, satu sesi taklimat yang menjurus kepada kem penempatan, lokasi dan bentuk muka bumi hutan dibuat kepada pasukan VAT 69.
"Apabila keputusan menghantar VAT 69 dibuat, ia adalah satu tindakan awal bagi menerokai seluruh kawasan itu bagi tujuan analisa keselamatan dan melakukan pemetaan untuk tindakan lanjut," katanya.
Menurutnya, penglibatannya dalam siasatan kes itu terhenti setakat sesi taklimat tersebut dan maklumat rasmi hasil operasi tidak lagi dimaklumkan kepadanya tetapi beliau difahamkan terdapat tangkapan dibuat dalam operasi itu.
Dalam pada itu, Zul Aznam mempertahankan tindakan timbalannya ACP (B) Md Zukir Md Isa yang mengarahkan siasatan lanjut dibuat ke atas struktur tanah menyerupai kubur yang ditemui di kawasan penempatan serta memusnahkan khemah di penempatan itu.
Katanya, arahan memusnahkan khemah itu adalah berpandukan kepada taklimat oleh Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Rizani Che Ismail kepada Md Zukir bahawa kes penahanan pendatang asing itu telah diserahkan kepada pihak Imigresen kerana tidak melibatkan penangkapan tekong.
"Saya setuju dengan arahan itu kerana kita perlu musnahkan sebahagian khemah supaya tidak boleh diduduki oleh pendatang asing di masa akan datang, bukannya memusnahkan keseluruhan struktur penempatan yang boleh menghilangkan bukti," katanya.
Prosiding bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2019
Zul Aznam (gambar) mempertahankan tindakan timbalannya yang mengarahkan siasatan lanjut dibuat ke atas struktur tanah menyerupai kubur yang ditemui di kawasan penempatan serta memusnahkan khemah di penempatan itu. Astro AWANI
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Pusat hiburan diserbu, GRO bersama pengurus ditahan
Seorang pengurus pusat hiburan serta 15 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di sebuah kelab malam di Jalan Raja Chulan di sini pada Sabtu.
SKMM rakam percakapan Che'gubard, Salim, Papagomo esok
SKMM mengesahkan memanggil pempengaruh media sosial Chegubard, Salim Iskandar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan pada Rabu.
Suspek kes tembak di KLIA dibawa ke Selangor hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, akan dibawa pulang ke Selangor pada Selasa.
Suspek kes tembak KLIA, direman esok di Kelantan - Bukit Aman
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam, akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Polis tidak 'pilih bulu' siasatan kes 3R
Mohd Shuhaily menasihatkan semua pihak agar menghentikan sentimen isu tersebut.
Polis rampas 51 kg dadah RM2.57 juta, tahan dua ‘transporter’
Polis merampas dadah jenis methamphetamine seberat 51.5 kilogram dianggarkan bernilai RM2.57 juta dalam serbuan di kawasan Kuala Kangsar, pada Sabtu.
Premis urut tawar khidmat ranjang wanita warga asing diserbu
Serbuan Op Noda Mega dilancar Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Serdang dan Gombak di Selangor serta Sentul, Kuala Lumpur, semalam.
Polis perlu patuh BMI ditetapkan untuk naik pangkat
Pematuhan terhadap standard jisim indeks tubuh (BMI) yang ditetapkan merupakan antara syarat wajib untuk kenaikan pangkat bagi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Suhaily kenang jasa Paramalingam, hoki bentuk disiplinnya
Disiplin yang dibentuk ketika berada di dalam pasukan hoki Selangor dahulu, menjadikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, sebagai seorang yang lebih tegas dan bertanggungjawab.