DSP terlibat penggubahan wang haram RM2.08 juta

Pegawai polis berpangkat Deputi Superintenden di Bukit Aman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini atas tujuh pertuduhan penggubahan wang haram membabitkan hampir RM2.08 juta.

Dalam kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tertuduh, Mohd Ismail Syed Merah, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah

Selamatkah nitrogen dalam makanan?

Pengguna membangkitkan persoalan sama ada kandungan nitrogen dalam makanan benar-benar berupaya mendatangkan bahaya kepada manusia susulan beberapa aduan kecederaan akibat daripada 'biskut berasap' di Kedah.

Pakar Pemakanan dan Dietitik UiTM, Dr Norazmir Md Nor ketika ditemubual Awani745 menegaskan kemungkinan berlaku kesilapan terhadap pengendalian makanan tersebut menyebabkan pengguna menjadi mangsa.


Gangguan bekalan air pulih

Gangguan bekalan air di Lembah Klang yang menjejaskan hampir empat juta pengguna bermula pada Isnin dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini.

Wartawan Astro Awani, Hilal Azmi meninjau kerja-kerja penyelenggaran Pencawang Masuk Utama (PMU) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bukit Badong melaporkan kerja-kerja penyelenggaraan yang menjadi punca gangguan bekalan air itu selesai menjelang awal pagi Selasa.



Anifah percaya janji Aung San Suu Kyi selesai isu Rohingya

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, beliau percaya janji Aung San Suu Kyi untuk menangani punca sebenar Rohingya iaitu kewarganegaraan dan status serta menyediakan bantuan kepada penduduk yang hilang tempat tinggal sejak 2012, akan memberi kesan jangka panjang dalam meredakan ketegangan.

Malaysia mengemukakan beberapa cadangan penting bagi menangani isu berhubung nasib etnik Rohingya, termasuk keperluan bagi ASEAN menubuhkan sebuah badan pakar bebas atau kumpulan tokoh terkemuka untuk menyiasat serta menentusahkan situasi di negeri Rakhine, Myanmar.

Orang paling kelakar di dunia menghadap Sultan Johor

Pelawak, pelakon dan pengacara Obviously Harith Iskander (OHI), Harith Iskander, yang muncul juara pada kemuncak pertandingan Funniest Person In The World, minggu lalu menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, hari ini.

Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap anak jati Johor itu yang ditemani isteri, Dr Jezamine Lim di Istana Pasir Pelangi.