Masih ramai ibu bapa yang tidak menyedari mengenai bahaya membenarkan anak mereka di bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen selain membiarkan anak kecil membonceng tanpa memakai topi keledar.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Roslan Eusoff berkata ini dapat dilihat dari segi bilangan pengguna motosikal di bawah umur yang terkorban dalam kemalangan jalan raya yang meningkat saban tahun.
"Setiap tahun, bilangan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun terbunuh dalam kemalangan motosikal di seluruh negara terus meningkat walaupun operasi penguatkuasaan dijalankan agensi-agensi kerajaan.
"Contohnya tahun lepas, statistik pembonceng kanak-kanak bawah umur 16 tahun yang maut dalam kemalangan ialah 86 orang. Penunggang motosikal berumur antara 6 dan 10 tahun yang maut dalam kemalangan pula ialah 13 orang sementara yang berumur antara 11 dan 15 tahun pula seramai 249 orang," katanya kepada pemberita di Plaza Tol Batu Tiga di sini hari ini.
Beliau sebelum itu mengetuai kempen keselamatan sempena Sambutan Hari Krismas yang turut mendapat kerjasama agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan PLUS.
Roslan berkata kebanyakan ibu bapa tidak memandang serius perkara ini walaupun pihaknya sering menganjurkan program advokasi keselamatan jalan raya di sekolah dan ketika mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
"Ada ibu bapa yang berhujah dengan kita, daripada biar anak-anak mereka tidak sekolah lebih baik benarkan mereka tunggang motosikal ke sekolah. Ada juga bila kita buat kajian ada ibu bapa yang jawab kemalangan tidak akan berlaku pada mereka tetapi berlaku pada orang lain. Mereka berpendapat mereka kebal," katanya.
Sehubungan itu katanya, sudah sampai masanya pihak berkuasa meningkatkan penguatkuasaan seperti mengambil tindakan tegas terhadap ibu bapa yang cuai sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian terhadap anak-anak.
Ketika ini katanya, terdapat peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mana-mana ibu bapa atau penjaga yang membenarkan kanak-kanak di bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen.
"Negara kita sudah mempunyai undang-undang dan saya percaya bahawa penguatkuasaan yang lebih ketat perlu dilakukan terhadap mereka lebih-lebih lagi kepada ibu bapa yang mendedahkan anak-anak mereka kepada risiko ketika menunggang motosikal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2016
Masih ramai ibu bapa yang tidak menyedari mengenai bahaya membenarkan anak mereka di bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen. - Gambar fail
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.
Laporan kubur besar Gaza membimbangkan - Jurucakap AS
Laporan mengenai kubur besar di Gaza adalah sangat membimbangkan.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah
Serangan tentera Israel yang membawa kemusnahan ke atas Semenajung Gaza memasuki hari ke-200 diburukkan lagi dengan rancangan Israel.
Dengan kejam rejim itu sedang dalam perancangan untuk menyerang Bandar Rafah di selatan Gaza yang menempatkan hampir 1.4 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Dengan kejam rejim itu sedang dalam perancangan untuk menyerang Bandar Rafah di selatan Gaza yang menempatkan hampir 1.4 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Polis sedang mengesan tiga lelaki tempatan kerana disyaki membakar seekor anak kucing di kawasan tempat letak motosikal Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru, Kajang, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Perbelanjaan ketenteraan global cecah AS$2.44 trilion tahun 2023
Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm mendedahkan, perbelanjaan ketenteraan global meningkat sebanyak 6.8% kepada paras tertinggi dalam sejarah iaitu AS$2.44 trilion pada 2023, berbanding 2022.
JKJR berhasrat tingkatkan kualiti laluan khas motosikal
Jabatan itu bersama beberapa agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan berbincang memastikan kemudahan itu memberi manfaat.
Aidilfitri: Tun Mahathir, Anthony Loke kongsi pesanan keselamatan jalan raya
Dalam video pendek terbitan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) itu, Dr Mahathir menasihati mereka supaya berhenti berehat dan tidur sebentar sekiranya mengantuk ketika memandu.
Menteri arah MIROS, JKJR kaji keadaan jalan raya bagi elak kemalangan
Menteri Pengangkutan berkata selain melakukan penelitian terhadap kecuaian manusia dan faktor fizikal jalan raya turut diambil kira.
JPJ pasang tujuh lagi kamera AES sebelum akhir tahun
Beliau berkata pemasangan kamera AES itu akan dilakukan di lokasi yang sering berlaku kemalangan.
Ops Jalan Tahun Baru Cina bermula 22 Januari
Ops Jalan sempena sambutan Tahun Baru Cina akan bermula pada 22 Januari sehingga 6 Februari depan.
Tragedi bas ekspres: Kementerian Pengangkutan arah siasatan rapi
Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan Miros, JPJ dan JKJR untuk menjalankan siasatan terhadap nahas bas ekspres di Muar, Johor yang mengorbankan 14 nyawa, awal pagi Sabtu.
Ramai ibu bapa tidak kisah anak naik motosikal tanpa lesen - JKJR
Masih ramai ibu bapa yang tidak menyedari mengenai bahaya membenarkan anak mereka di bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen selain membiarkan anak kecil membonceng tanpa memakai topi keledar.
Kes kemalangan maut di Kuala Lumpur masih rendah - JKJR
Indeks kes kemalangan maut di Kuala Lumpur masih rendah berbanding bandar-bandar utama lain di seluruh dunia, kata Penolong Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kuala Lumpur, Nordin Harun.