Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyangkal dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa kontrak pelaksanaan Ekspo Negaraku 2017, diberikan kepada abangnya, Noor Raslan Md Dahlan.
Abdul Rahman berkata malah, Noor Raslan, Ketua Pegawai Eksekutif PICO Integrated Exhibit Sdn Bhd itu juga tidak mempunyai pertalian saudara dengannya seperti yang didakwa Anggota Parlimen Pandan itu.
"Menerusi sidang media di laman sosial 'Facebook Live' pada 1.30 petang ini, Rafizi sebanyak sembilan kali mengulangi dakwaan bahawa pemberian tender diberikan kepada abang saya iaitu Raslan Dahlan.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai tuduhan Rafizi Ramli dan saya tegaskan, saya tidak mempunyai apa-apa hubungan persaudaraan dengan saudara Raslan Dahlan... beliau bukan abang saya walaupun kami berkongsi nama bapa yang sama," katanya dalam satu sidang media khas yang turut dihadiri Noor Raslan Md Dahlan, pada Isnin.
Justeru, Abdul Rahman berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya dalam masa terdekat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi.
Abdul Rahman berkata, bagaimanapun sejurus 10 minit selepas sidang media berakhir, Rafizi bertindak memadamkan pautan rakaman sidang media itu.
"Walaupun beliau (Rafizi) memadamkan bukti tuduhan itu, pegawai-pegawai saya sempat merakam dan 'screenshot' segala rakaman sidang media itu... mungkin bila tahu saudara Raslan bukan abang saya, cepat-cepat dia padamkan bukti," katanya.
Abdul Rahman berkata beliau turut berharap kepimpinan Pakatan Harapan mengarahkan Rafizi untuk segera menutup mulut kerana pembohongannya ini mengaibkan mereka.
"Saya harap Rafizi berhenti daripada terus menjadi pembohong bersiri tegar dan takutlah kepada Allah," katanya.
Mengulas mengenai perbelanjaan penganjuran pameran infrastruktur berskala besar itu, Rahman berkata tidak ada sebarang perbelanjaan projek kerajaan yang disembunyikan.
"Saya akan jawab hal ini. Tak ada perbelanjaan kerajaan yang boleh disembunyikan. Dalam parlimen, dalam audit... kita boleh jawab," katanya.
Ekspo Negaraku yang berlangsung di Dataran Merdeka selama sebulan bermula 15 Nov lepas merupakan ekspo interaktif julung kali dianjurkan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bagi memberi penerangan kepada rakyat mengenai perancangan pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2017
RAHMAN: Rafizi sebanyak sembilan kali mengulangi dakwaan bahawa pemberian tender diberikan kepada abang saya iaitu Raslan Dahlan. - Gambar fail
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.
Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.
PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.
Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.
PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.
Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.
PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.
PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).