Sebuah pusat kecantikan di Jalan Masjid Negeri di sini, diserbu selepas didapati menyalahgunakan lesen klinik perubatan.

Serbuan yang dijalankan penguatkuasa Jabatan Kesihatan Negeri pada jam 11 pagi Jumaat lalu turut mendapati caj yang dikenakan bermula dari RM500 hingga RM1,000 untuk sekali rawatan.

Menurut sumber, premis terbabit beroperasi sejak empat tahun lalu dan menawarkan khidmat rawatan kecantikan wajah termasuk Botox kepada pelanggan.

Turut dirampas pelbagai peralatan untuk rawatan kecantikan termasuk mesin dan sebagainya.

Lapan pekerja didapati berada dalam permis tersebut yang serbu hasil intipan sejak beberapa bulan lalu dan hasil maklumat orang ramai.

Pemilik premis didapati melanggar syarat klinik dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(1) Akta Kemudahahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.