Jenazah Puan Sri Esah Mansor, ibu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Datuk Rohana Rozhan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada 2:55 petang.

Allahyarham disemadikan di sebelah pusara suaminya Tan Sri Rozhan Kuntom dan majlis pengebumian dihadiri kesemua ahli keluarga serta sahabat handai.

Turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir ialah Pengurusan Tertinggi Kumpulan Astro.

Beliau yang dilahirkan di Pulau Pinang meninggalkan tiga anak - Anuar, Rohana dan Ariff.


Arwah Esah bersama anak-anaknya.

Allahyarham Esah telah kembali ke rahmatullah pada 1.30 pagi Sabtu di Institut Jantung Negara.

Beliau merupakan seorang bekas guru meninggal dunia pada usia 79 tahun.

Terdahulu, jenazah arwah telah dibawa ke kediamannya di Bukit Damansara untuk diuruskan.

Solat jenazah telah disempurnakan di Masjid Umar Al Khattab selepas solat Zohor.

~ Al-Fatihah ~