Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan berkata pihaknya akan mempertimbangkan semua cadangan pihak luar termasuk mereka yang mahu diskaun bayaran balik PTPTN dikembalikan dan pemansuhannya.
Bagaimanapun menurut Wan Saiful, segala cadangan yang diberikan itu akan disalurkan kepada Kementerian Pendidikan dan Kabinet untuk sebarang keputusan akhir.
“Sebenarnya dari segi liabiliti sekarang ni, saya rasa tanggungan kita memang amat besar, dan saya mengalu-alukan cadangan yang diberikan oleh semua pihak termasuklah dari AMK dan juga pimpinan parti parti komponen Pakatan Harapan.
“Yang kita boleh lakukan adalah memastikan bahawa kempen penabungan kita berjalan lancar supaya kebergantungan rakyat kepada hutang dapat dikurangkan,” ujar Wan Saiful.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Program Back To School anjuran PTPTN di Ipoh pada Rabu.
Sebanyak RM135,000 disalurkan melalui Pertubuhan Wanita Prihatin Perak untuk menjayakan program tersebut yang meliputi sumbangan kepada 1,200 pelajar di Perak.
Turut hadir ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Wan Saiful berkata demikian sebagai mengulas ucapan dasar Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang dipetik sebagai berkata hutang lapuk PTPTN sekiranya terus diwarisi berkemungkinan besar akan melangkaui hutang 1MDB.
Dalam ucapan dasarnya sempena Kongres Nasional AMK baru-baru ini, Akmal berkata berdasarkan unjuran hutang ptptn akan meningkat menjadi RM76 bilion dalam masa 20 tahun.
Selain itu, perwakilan Puteri UMNO baru-baru ini mahu PTPTN mengembalikan kemudahan diskaun untuk pembayaran balik pinjaman itu.
Ketua Puteri UMNO Bahagian Tebrau, Fadilah Suradi dipetik sebagai berkata, tawaran pelupusan hutang ptptn bagi graduan yang beroleh ijazah kepujian kelas pertama juga tidak lagi dinikmati.
Aida Aziz
Wed Dec 11 2019
WAN SAIFUL: Segala cadangan yang diberikan itu akan disalurkan kepada Kementerian Pendidikan dan Kabinet untuk sebarang keputusan akhir.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 Oktober 2023.
Bajet 2022: Rebut insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN
PTPTN terus komited bertindak sebagai dana pendidikan yang menyediakan pinjaman pendidikan dan membantu ibu bapa memulakan simpanan untuk pendidikan masa depan anak-anak.
PH setuju gaji lebih RM4,000 baru bayar PTPTN, malangnya... - Guan Eng
Namun, hasrat itu tidak dapat dilaksanakan akibat tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan.
PTPTN pertimbang cadangan pemansuhan, kembalikan diskaun
Segala cadangan yang diberikan itu akan disalurkan kepada Kementerian Pendidikan dan Kabinet untuk sebarang keputusan akhir.
Mustahil mansuh bayaran semula pinjaman PTPTN - Wan Saiful
Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) harus menerima realiti agensi itu berkemungkinan besar tidak dapat memansuhkan bayaran balik pinjaman kerana peruntukan RM9.7 bilion dised
PTPTN: Isu potongan gaji akan dibawa ke Kabinet - Syed Saddiq
Sistem PGB itu dilihat tidak adil kepada mereka yang secara konsisten membuat pembayaran mengikut perjanjian yang dibuat bersama PTPTN.