Proton Holdings Bhd menawarkan kad hadiah minyak Petronas bernilai RM500 kepada pembeli kereta e-panggilan (e-hailing) sebagai langkah untuk mempromosikan penggunaan kereta syarikat itu dalam industri berkenaan.
Dalam kenyataan pada Sabtu, Proton berkata pelanggan yang membeli Proton Persona, Iriz, Exora, Saga atau Proton X70 baharu dari pusat jualan Proton akan ditawarkan dengan kad hadiah itu atau boleh memilih untuk mendapatkan potongan harga dengan nilai yang sama.
"Untuk mendapatkan tawaran ini, pelanggan perlu mengemukakan salinan lesen e-panggilan Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) yang sah sebagai bukti dan mendaftarkan kenderaan tersebut di atas nama mereka sendiri.
"Selain kad hadiah tersebut, potongan harga tambahan turut ditawarkan bagi model terpilih di antara RM300 hingga RM1,500," katanya.
Menurut Proton, promosi ini akan berlangsung sehingga 31 Disember, 2020 dan turut terbuka untuk individu yang ingin membeli kereta bagi tujuan sama iaitu e-panggilan oleh pemandu yang berbeza.
Pengeluar kereta nasional itu berkata, untuk tujuan itu, Surat Persetujuan yang menyatakan tujuan pembelian, nama penuh, nombor kad pengenalan dan salinan lesen e-panggilan pemandu adalah diperlukan.
"Program ini bertujuan memudahkan mereka yang baharu dalam industri ini untuk membuat keputusan membeli kereta serta bagi pemandu sedia ada yang ingin menggantikan kereta," katanya.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi pusat jualan Proton Edar yang terdekat atau e-mel kepada [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 09 2020
Pelanggan yang membeli Proton Persona, Iriz, Exora, Saga atau Proton X70 baharu dari pusat jualan Proton akan ditawarkan dengan kad hadiah itu. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
FAMA pastikan pengguna mudah dapat bawang merah tempatan
Pada peringkat permulaan ini, FAMA telah menyasarkan jualan bawang tempatan itu melalui promosi Kombo MADANI sempena program Jualan Agro MADANI.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
RM90,000 lesap ditipu urusan beli kereta
Lelaki berusia 36 tahun itu telah berurusan dengan suspek berkaitan jual beli kenderaan jenama Honda HRV.
Proton tawar kad minyak percuma kepada pembeli kereta e-hailing
Pelanggan yang membeli Proton Persona, Iriz, Exora, Saga atau Proton X70 baharu dari pusat jualan Proton akan ditawarkan dengan kad hadiah itu.