Polis telah mengenal pasti identiti mayat wanita yang dikerat beberapa bahagian sebelum disumbat dalam dua bagasi berasingan dan ditemui di tebing Sungai Gombak, Kuala Lumpur pada 5 Julai lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan mangsa merupakan warganegara Bangladesh berusia 29 tahun dan pihaknya kini giat mengesan seorang lagi saksi bagi membantu siasatan.

"Kami sedang mengesan seorang lagi saksi iaitu dikatakan suami kepada mangsa untuk membant siasatan," katanya dalam sidang media di Balai Polis Bukit Jalil pada Selasa.

Tambahnya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suami mangsa yang dipercayai bernama Mat Sajada digesa hubungi balai polis berdekatan.

Beliau bagaimanapun berkata saksi tersebut berkemungkinan berada di Johor Baharu walau bagaimanapun beliau bercaya dia masih berada di dalam negara.

Penemuan mayat mangsa terbongkar selepas seorang lelaki terlihat kaki manusia di dalam satu daripada dua bagasi ketika sedang menyiram pokok di kawasan Jalan Ipoh pada 5 Julai lalu.

BACA: Mengerikan, mayat dikerat dua ditemui dalam bagasi di Sungai Gombak

Kandungan bagasi pertama berisi tangan, kaki dan kepala mangsa manakala bagasi kedua pula berisi badan sahaja.