SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Foundation Malaysia, Dr Teh Su Thye yang berkongsi pengalaman ketika menyalurkan bantuan kepada komuniti Orang Asli dan menceritakan nasib mereka yang terjejas dari segi sumber pendapatan dan bekalan makanan akibat PKP.

Antara isu perlu diberi perhatian adalah terhadap kampung yang tidak berdaftar dan terletak jauh dari pekan dan memerlukan bantuan dari semua pihak.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501 Astro AWANI, jam 8:30 pagi.