Sebanyak sembilan set rakaman audio dikongsi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pendedahan pembocoran rahsia kerajaan dan konspirasi jenayah di peringkat tertinggi.

Salah satu daripada rakaman itu dipercayai perbualan antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Ketua Setiausaha Sulit bekas Perdana Menteri, Tan Sri Shukri Salleh.

Pengerusi SPRM, Latheefa Koya menjelaskan bahawa ia adalah berdasarkan daripada perbualan yang terjadi pada 26 Februari 2016, sekitar jam 11:56 pagi.

Latheefa mengesahkan perbualan yang tidak jelas itu bercakap mengenai mengenai Datuk Seri Najib Razak yang ingin laporan penuh untuk dimasukkan ke akaunnya.

Bagaimanapun, identiti suara kedua-dua individu berkenaan sukar dikenal pasti.

Berikut transkrip antara sedutan daripada rakaman tersebut:

LELAKI A: “Tentang hardcopy tu... (tidak jelas), PM nak complete set pergi ke akaun dia…”

LELAKI B: “Complete set eh.. semua masuk ke akaun dia?

LELAKI A: “Yes...”

LELAKI B: “Takpa nanti kita (tidak jelas) kat kawan kita lah.. takpa itu takpa...”

LELAKI A: “Ha... boss cuba je...”