Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) menyangkal dakwaan kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak sudah melupakan segala dasar lama kerajaan yang selama ini terbukti menguntungkan rakyat.
Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abd Samad, sebaliknya berkata dasar-dasar itu secara umumnya masih ada, namun diberi nafas baru oleh Perdana Menteri, sesuai dengan perubahan semasa.
"Negara kita sudah berubah, bukan lagi sebuah negara pertanian, sebaliknya negara yang menitikberatkan pelbagai sektor antaranya perkhidmatan dan sudah tentu dasar-dasar yang digubal turut berubah termasuk dasar untuk menggalakkan pelaburan asing," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Projek Pendidikan Bersepadu Yayasan Bandaraya Johor Bahru Sesi 2017 di sini,pada Sabtu.
Shahrir mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada ceramahnya di sini, malam tadi, yang mendakwa Najib sudah melupakan serta menolak dasar kerajaan yang selama ini menguntungkan rakyat, termasuk dasar yang diperkenalkan ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
Menjawab satu lagi dakwaan yang dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya kawasan Felda kini bukan lagi kubu kuat Barisan Nasional (BN) memandangkan sudah ditawan pembangkang, Shahrir berkata: "Sesiapa sahaja boleh bercakap begitu."
"Masing-masing boleh cakap, boleh menghasut tetapi bagi saya, saya selesaikan masalah kerana saya tahu hasutan tidak akan boleh menyelesaikan masalah, sebaliknya hanya menimbulkan masalah," katanya.
Shahrir berkata sebagai Pengerusi Felda, beliau akan terus bekerjasama dengan rakan seperjuangannya yang lain, sama ada di peringkat organisasi mahupun parti, demi melaksanakan tugas masing-masing, sekali gus membuktikan warga Felda bahawa mereka bekerja keras.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2017
SHAHRIR: BNBBC menyangkal dakwaan kononnya Datuk Seri Najib sudah melupakan segala dasar lama kerajaan yang selama ini terbukti menguntungkan rakyat. - Gambar fail
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
PRK: PH mungkin hilang Simpang Jeram jika undi BN beralih - KJ
Khairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinan Pakatan Harapan (PH) hilang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
'UMNO bertanding sendiri, itu pandangan peribadi saya' - Azalina
Azalina berkata, kenyataannya berkenaan UMNO boleh menimbang bertanding atas tiket sendiri pada pilihan raya selepas ini berbanding menggunakan logo BN adalah pandangan peribadinya.
Pasca PRN Selangor: Perang sudah tamat, kini masa berkhidmat untuk rakyat
Persoalan siapa memiliki 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor telah berakhir dan mandat telah diberikan rakyat kepada pemimpin yang dipilih.
Saarani nafi keluar kenyataan ada perubahan 'besar' jika BN tidak diangkat MB Negeri Sembilan
Saarani berkata perbuatan mewujudkan kenyataan palsu itu langsung tidak membawa sebarang manfaat kepada negara serta rakyat.
Usaha PM bangunkan negara tidak harus ternoktah dengan keputusan PRN - Pemuda UMNO Kota Raja
Mohd Zaffarollah menegaskan biarpun UMNO mengalami kekalahan teruk, namun ia tidak seharusnya mengubah apa-apa keputusan menyertai Kerajaan Perpaduan.