Berikut perkembangan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sudah memasuki hari ke-38:

1. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 78 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Daripada jumlah itu, seorang direman dan 35 dijamin, manakala 42 individu lagi dikenakan kompaun.

2. PDRM membuat 67 sekatan jalan raya Operasi Benteng dan memeriksa 40,495 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI. 14 warganegara asing ditahan atas kesalahan imigresen.

3. Sehingga 18 Julai, sebanyak 266 kertas siasatan dibuka oleh PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung berita palsu berkaitan COVID-19.

4. Sebanyak 352 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu diperjelaskan kepada orang ramai oleh Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

5. Seramai 934 rakyat Malaysia tiba di tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan KLIA2 pada 18 Julai.