Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal masuk fasa ketiga bermula esok menyaksikan orang ramai, bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia berada dalam situasi yang penuh dengan ketidaktentuan serta kerisauan akibat pandemik COVID-19.

Arahan untuk kekal ‘duduk’ di rumah ternyata bukanlah satu perkara yang mudah. Tidak kurang juga bagi mereka yang tersayang berada jauh di mata, sedikit sebanyak memberi kesan kepada kesihatan mental dan emosi.

Lebih membimbangkan apabila gangguan emosi juga boleh berpunca di rumah sendiri sehingga boleh mengundang isu keganasan rumahtangga.

Sehubungan itu, Astro AWANI senaraikan talian psikososial secara dalam talian yang diperkenalkan oleh kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan bagi mereka yang ingin mendapatkan sokongan khidmat psikososial dalam berdepan tempoh PKP dan COVID-19.

1. Talian sokongan psikososial COVID-19 (Kementerian Kesihatan Malaysia & Mercy Malaysia)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Medical Relief Society (MERCY Malaysia) menyediakan perkhidmatan sokongan psikososial kepada rakyat Malaysia.

Semua petugas barisan hadapan dan individu yang terkesan emosi akibat COVID-19 boleh hubungi di talian 011-63996482, 011-63994236 atau 03-29359935.

Waktu operasi perkhidmatan ini bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.


.

2. Talian Khas Perkhidmatan Kaunseling COVID-19 (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

Talian Kasih 15999 dan talian Whatsapp 0192615999 dibuka kepada mangsa dan waris mangsa COVID-19, petugas pusat kuarantin, hospital dan lain-lain serta individu yang terkesan dengan PKP.

Selain itu, khidmat talian ini juga bersedia menerima aduan isu-isu wanita, keluarga dan masyarakat, khususnya menangani kejadian kecemasan berkaitan kebajikan dan kemasyarakatan.

BACA: Perintah Kawalan Pergerakan: Perkhidmatan Talian Kasih 15999 beroperasi semula - Rina Harun

3. KSK Care Centre, Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) Jakim

KSK Care Centre melalui Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyediakan perkhidmatan atas talian bagi membantu memberi sokongan moral kepada petugas barisan hadapan yang bertugas dan juga kepada ahli keluarga mangsa COVID-19.

Perkhidmatan ini dikendalikan oleh kaunselor berdaftar, pakar terapi psikospiritual Islam dan kaunselor syarie.

Klik disini untuk mendapatkan perkhidmatan KSK Care Centre.

4. Malaysian Relief Agency

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Malaysian Relief Agency turut menawarkan perkhidmatan talian bagi membantu mereka yang mengalami masalah tekanan psikologi khususnya yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Sepanjang tempoh PKP, perkhidmatan ini dibuka bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang menerusi senarai nombor telefon pakar psikologi dan kaunselor seperti yang tertera.

.

5. Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Bagi kakitangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Psikiatri turut menawarkan perkhidmatan e-sokongan psikologi.

Perkhidmatan beroperasi bermula oukul 9 pagi sehingga 6 petang dan boleh dihubungi di nombor 03-8600 9800 atau 0103424861 (Whatsapp).

6. Befrienders

Pertubuhan Befrienders Kuala Lumpur turut memberi peluang kepada individu yang berdepan dengan masalah kemurungan dan memerlukan seseorang untuk mendengar dan berkongsi masalah.

Befrienders boleh dihubungi melalui Skype (BefKL Skype 1) atau pada talian 03-76272929 bermula 10 April lalu.

7. Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO)

Memberi fokus kepada kes penderaan dan masalah keganasan rumahtangga, WAO bersedia menerima sebarang aduan berhubung gejala tersebut.

Aduan boleh dibuat menerusi pada nombor talian tertera.

.

8. Khidmat kaunseling dalam talian di Institut Pengajian Tinggi (IPTA)

Bagi penuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPTA), unit kaunseling kampus juga beroperasi secara dalam talian sepanjang tempoh PKP.

Antara IPTA yang dilihat melaksanakan inisiatif ini adalah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Justeru, penuntut dinasihatkan agar merujuk kepada pihak pengurusan kampus masing-masing bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut.

9. Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (MIASA)

Pertubuhan bukan kerajaan ini turut mensasarkan golongan berpendapatan rendah (B40) untuk mendapatkan perkhidmatan atas talian secara percuma.

Klik disini untuk maklumat lanjut.

10. Pasukan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS), CPRC, KKM

Sebuah pasukan khas yang ditubuhkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), KKM juga menawarkan sesi sokongan emosi dalam talian secara percuma.

.