Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad melancarkan Perdana International Anti-Corruption Champion Foundation yang berfungsi sebagai sistem sokongan kepada pegawai-pegawai agensi anti rasuah yang telah mangsa penganiayaan ketika menjalankan tugas.
Menariknya, pengenalan yayasan ini menjadikan Malaysia antara negara paling hadapan dalam usaha memerangi rasuah.
Dana ini diwujudkan selaras dengan perkara yang dinyatakan dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Berkenaan Pencegahan Rasuah (UNCAC) iaitu untuk memberi perlindungan kepada pegawai penguatkuasa agensi antirasuah bagi negara-negara yang menjadi ahli kepada Pertubuhan Pihak Berkuasa Pencegahan Rasuah Antarabangsas (IAACA).
"Apa yang membuat tabung ini istimewa dan penting ialah kerana ia bertindak sebagai sistem sokongan untuk pegawai-pegawai anti-rasuah yang telah menjadi mangsa penganiayaan dalam menjalankan tugas.
"Kita tahu bahawa memerangi dan mendedahkan jenayah rasuah sangat berbahaya dan dunia telah menyaksikan banyak individu yang cuba berbuat demikian, membayar harga yang mahal, termasuk mengorbankan hidup mereka.
"Kita berada di sini untuk memberitahu dunia bahawa semua pegawai anti rasuah yang melakukan pengorbanan besar dalam tugas mereka, adalah juara dan wira kita," kata beliau.
Pada majlis itu Tun Mahathir juga mengumumkan anugerah Perdana International Anti-Corruption Champion Foundation kepada Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara, mendiang Datuk Anthony Kevin Morais dan Novel Baswedan, Ketua Penyiasat Komisi Pembanterasan Rasuah, Indonesia.
Perdana Menteri turut memberi penghormatan kepada beberapa individu lain, iaitu bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan bekas Pesuruhjaya Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Shukri Abdull.
Madiha Abdullah
Tue Feb 11 2020
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) pada majlis pelancaran 'Perdana International Anti-Corruption Champion Foundation', pada Selasa. - Bernama
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Mohamed Apandi tuntut ganti rugi atas penamatan khidmat sebagai Peguam Negara
Surat bertarikh 30 Sept melalui firma guaman Tetuan Shukor Baljit & Partners itu telah diserahkan kepada AGC semalam.
"Saya tidak berkhidmat lagi" - Gani Patail enggan ulas afidavit kes Musa Aman
Tan Sri Abdul Gani Patail enggan mengulas lanjut berhubung afidavit yang diikrarkan oleh beliau berkaitan pendakwaan kes rasuah dan penggubahan wang haram terhadap Tan Sri Musa Aman.
Polis berjaya rungkai kes tembak pemandu Gani Patail - Bukit Aman
Datuk Huzir Mohamed berkata antara yang ditahan termasuk dua daripada tiga suspek yang terlibat dengan kes itu, manakala penembak berusia 40-an masih diburu.
PIACCF bantu bela nasib pegawai agensi antirasuah yang teraniaya
Pengenalan yayasan ini menjadikan Malaysia antara negara paling hadapan dalam usaha memerangi rasuah.
"Bila saya tengok benda tu rasa macam nak nangis" - Transkrip perbualan dipercayai antara Dzulkifli Ahmad dan Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib arah saya pecat Gani Patail - Ali Hamsa
Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat.
Muhyiddin dipecat kerana persoal 1MDB - Ali Hamsa
Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga dipecat dari jawatannya pada Julai 2015 disebabkan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak telah hilang keyakinan terhadapnya.
Najib Razak awal 3 minit, sekali lagi berdepan penyiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi berdepan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Kronologi siasatan kes 1MDB
Pasukan khas ditubuh bagi menyiasat dakwaan berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad pada 6 Mac 2015.
Singapura keluarkan waran tangkap terhadap Jho Low pada 2016
Notis Merah Interpol adalah permintaan oleh negara anggota untuk mencari dan menahan individu yang dikehendaki berdasarkan waran tangkap sesebuah negara yang sah.