Pakatan Harapan (PH) diyakini tidak akan menjadi kerajaan sepenggal seperti yang dicanang pihak-pihak tertentu, tegas Tun Dr Mahathir Mohamad.
Keyakinan tidak akan bergelar kerajaan sepenggal, kata Perdana Menteri, sekiranya semua individu yang berada dalam gabungan itu mampu menonjolkan kelebihan dan kebaikan yang telah dilaksanakan mereka kepada rakyat.
Apa yang perlu diketahui, kata Dr Mahathir, masalah utama yang dihadapai kerajaan PH ketika ini ialah membersihkan pelbagai 'kekotoran' termasuk hutan yang banyak ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Dalam masa sama, Dr Mahathir menegaskan, rentetan lima kekalahan PH dalam siri Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini juga tidak boleh dijadikan cerminan utama dalam menentukan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak.
"Saya tak fikir PH akan jadi kerajaan sepenggal, masalah pertama kita hadapi problem cukup banyak yang ditinggal kerajaan dulu, tak sama macam tahun 1981 saya masuk semua all in place.
"Saya buat decision, semua buat carry out (berjaya laksanakan) sekarang ini kita kena bersihkan pentadbiran.
"Kita kena cari duit untuk bayar hutang, Kita dapati orang dahulu cekap terpaksa dibersara kerana terlibat rasuah, orang (yang) ambil alih (kesemuanya) orang baharu (tapi) tidak secekap orang lama.
"Akhirnya kerajaan PH pula tak pandai nak cerita (kejayaan kerajaan) apa yang mereka buat. Kita kalah dalam tiga hingga empat PRK tapi itu tidak bermakna kita akan kalah dalam PRU besar (PRU15). Itu Reuters punya pendapat. Entitle to their opinion," kata Dr Mahathir.
Perdana Menteri berkata demikian selepas mengadakan lawatanke Projek Demonstrasi 5G di 5G Command Centre Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi pada Isnin.
Salim Aziz
Mon Jan 20 2020
Menurut Dr Mahathir, masalah utama yang dihadapi kerajaan PH ketika ini ialah membersihkan pelbagai 'kekotoran' termasuk hutan yang banyak ditinggalkan kerajaan BN. - Gambar fail Astro AWANI
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PH tidak akan jadi kerajaan sepenggal - Tun M
Pakatan Harapan (PH) diyakini tidak akan menjadi kerajaan sepenggal seperti yang dicanang pihak-pihak tertentu, tegas Tun Dr Mahathir Mohamad.
Berusaha tunaikan segala janji dalam manifesto - Kit Siang
Ini perlu bagi memastikan PH tidak menjadi kerajaan sepenggal lebih-lebih lagi selepas keputusan mengejutkan pada PRK Parlimen Tanjung Piai, baru-baru ini.