Pas pada Rabu mencabar parti komponen dalam pakatan pembangkang untuk menyatakan pendirian mereka berhubung penganjuran pesta arak yang dijadual diadakan di ibu negara bulan depan.
Naib Ketua Pemuda Pas Pusat Ahmad Fadhli Shaari berkata, suara lantang yang dizahirkan DAP dalam mempertahankan penganjuran berkaitan (pesta arak) dilihat bukan sahaja satu kebiadaban, bahkan modal kepada provokasi tipikal parti tersebut di mana acapkali membayangi aktiviti seperti itu.
"Kami juga mencabar dan menuntut parti-parti komponen Pakatan Harapan menyatakan pendirian dan sikap mereka berhubung isu ini. Berdiam diri bererti bersetuju dan bersekongkol, sekali gus mengesahkan DAP adalah 'ketua' sebenar PH yang tidak berani disanggah sama sekali," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan laman Facebook Pas Pusat, pada Rabu.
Menurut beliau, penganjuran pesta arak dilihat secara sengaja cuba mencabar sensitiviti agama di negara ini apabila acara tahunan sejak 2012 itu diuar-uarkan sebagai "The Biggest Celebration of the Craft Beer Revolution in Malaysia".
"Selaku negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Malaysia tidak seharusnya menodai kesucian tersebut dengan kebebasan begitu.
Walaupun meminum arak menjadi hak golongan bukan Islam yang menjadi sebahagian rakyat negara ini, namun menjadikan satu penganjuran pesta ke tahap festival tidak seharusnya berlaku di negara ini. Ia tidak mencerminkan realiti budaya Malaysia, bahkan juga rantau ini," katanya.
Ahmad Fadhli berkata kebanyakan negara dan masyarakat pada masa ini semakin sedar pelbagai akibat buruk yang tercetus akibat meminum arak atau aktiviti berkaitannya.
"Ia menyumbang kepada banyak tragedi mutakhir ini hingga mewujudkan pelbagai kempen kesedaran untuk mengehadkan dan menghindarinya daripada menjadi rutin dalam ketamadunan. Mengapa kita pula harus berundur ke belakang menjauhi nilai semakin positif ini?," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2017
PAS mencabar parti komponen dalam pakatan pembangkang untuk menyatakan pendirian mereka berhubung penganjuran pesta arak yang dijadual diadakan di ibu negara bulan depan. -Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Penipuan SMS kembali aktif
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial mengesan taktik penipuan melalui SMS yang dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal seperti Maxis, Celcom dan Digi.
Serangan dron Iran: Negara Arab digesa tidak jadi ‘barua’ Zionis - Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli gesa agar mana-mana negara Arab tidak bersekongkol dengan rejim Israel susulan Iran melancarkan serangan terhadap negara itu.
KEB mesra Bumiputera atau hanya wayang - Ahmad Fadhli
Pas mempersoalkan hala tuju Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) Madani yang dilaksana Kerajaan Perpaduan sama ada mesra Bumiputera atau hanya sekadar wayang.
Keputusan petisyen Nik Elin: Pas desak kerajaan segera usul pinda Perlembagaan
Pas mendesak kerajaan supaya menyegerakan usul meminda Perlembagaan di Parlimen dengan memasukkan bidang kuasa jenayah di bawah Senarai III, Senarai Bersama.
Konsert Coldplay bukan semata-mata kerana sokong Palestin - Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli berkata, kebenaran penganjuran konsert tersebut bukan semata-mata kerana Coldplay menyokong Palestin.
Sokong PM: ‘Harap empat Ahli Parlimen tarik balik sokongan" - Ahmad Fadhli
Mengakui kecewa dengan tindakan itu, beliau berkata tindakan itu adalah tindakan individu dan tidak boleh dikaitkan dengan parti.
"Negara mana yang berani menekan, mengugut Perdana Menteri yang kita sayang ini?"- Ahmad Fadhli
Beliau turut meminta Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir menamakan negara tersebut dan mencadangkan Malaysia menghantar nota bantahan kepada negara terbabit.
Bersatu 'pak turut' Pas: 'Tidak berbaloi untuk diulas'
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari enggan mengulas kenyataan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na'aman mengenai parti berkenaan yang hanya menjadi pak turut Pas.
Kes Zahid: 'Gerakan Selamatkan Malaysia' berhimpun Sabtu ini - Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli berkata, gerakan tersebut bagi menyatakan isu berhubung sistem perundangan negara yang semakin membimbangkan.
'Pilih tema bersifat tengah' - Ahmad Fadhli
Ujar Ahmad Fadhli, tema dan logo yang diperkenalkan oleh PN lebih bersifat tengah.
Guan Eng sentuh 3R? Pemuda PN kerah laporan polis seluruh negara
Ahmad Fadhli menganggap kenyataan Lim adalah kemuncak kepada provokasi kaum yang berisiko menjejaskan kedamaian dan perpaduan.