Pesisir pantai Desaru di Kota Tinggi, terus menjadi laluan hotspot kepada penyeludupan pendatang asing warga Indonesia untuk masuk dan keluar dari negara ini.
Terbaharu, seramai 33 pendatang asing dari negara itu telah ditahan di kawasan terbabit kerana didapati cuba menyeludup masuk dan keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.
Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata kesemua mereka terdiri daripada 23 lelaki dan 10 wanita itu, berusia antara 20 hingga 45 tahun.
Beliau berkata tangkapan dibuat menerusi satu operasi dan serbuan yang dijalankan secara berasingan berhampiran Kompleks Rakan Muda, Desaru, bermula pukul 12.05 tengah malam tadi.
"Penahanan pertama membabitkan 12 lelaki dan dua wanita yang baharu tiba di pesisir pantai manakala tangkapan kedua membabitkan 16 orang yang ditahan di dalam belukar berhampiran pada 12.45 malam," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Mohd Zulfadli berkata kedua-dua penahanan itu adalah kes pertama bagi penyeludupan migran di kawasan pesisir pantai Desaru, tahun ini.
Pada tahun lepas dan 2018, seramai 242 migran telah ditahan atas kesalahan berkenaan di kawasan terbabit.
Katanya, masuk atau keluar ke Malaysia menggunakan laluan yang tidak sah adalah satu kesalahan yang boleh disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, selain di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2010.
Justeru, mana-mana warga Indonesia yang ingin masuk atau keluar dari Malaysia dinasihatkan agar menggunakan laluan yang sah (mengikut undang-undang) supaya dapat mengelakkan kejadian tidak diiingini.
"Sindiket penyeludupan manusia tidak menghargai nyawa penumpang, mereka sering membawa muatan lebih demi mengaut keuntungan.
"Malah dalam tangkapan ini, seorang migran wanita mendakwa dia telah dipukul oleh sindiket selain terdapat percubaan rogol oleh ahli sindiket," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 15 2020
Masuk atau keluar ke Malaysia menggunakan laluan yang tidak sah adalah satu kesalahan yang boleh disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, selain di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2010. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Pesisir pantai Desaru terus jadi laluan 'hotspot' pendatang asing
eramai 33 pendatang asing dari negara itu telah ditahan di kawasan terbabit kerana didapati cuba menyeludup masuk dan keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.
Teksi air Indonesia mencurigakan ditahan di perairan Johor Timur
Bot itu ditahan oleh pasukan peronda APMM di kedudukan 2.8 batu nautika tenggara Tanjung Penyusop di Kota Tinggi pada pukul 1.30 tengah hari setelah dikesan berada dalam keadaan mencurigakan.
Bot bawa spesies burung dilindungi, ditahan di perairan Pengerang
APMM telah menahan bot tanpa nombor pendaftaran dan dikendalikan dua orang kru itu, pada pukul 10.35 malam.
Tiga kapal tangki ditahan berlabuh tanpa kebenaran
Bot ronda APMM menahan kapal tangki yang berdaftar di Freetown, Liberia, yang turut dinaiki 11 kru termasuk seorang kapten pada 11.05 pagi, kira-kira 3.2 batu nautika dari tenggara Tanjung Penyusop.