Seorang pesara guru kerugian hampir setengah juta ringgit termasuk wang persaraan dan hasil jualan barang kemas isteri selepas diperdaya sindiket Macau Scam bulan lepas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Jenayah Korporat dan Kewangan Johor Supt Amran Md Jusin berkata lelaki berusia 64 tahun terbabit mendakwa menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pihak Pos Laju pada 1 Ogos.
Katanya suspek memaklumkan terdapat bungkusan mengandungi kad pengenalan mangsa serta memberitahu mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram.
"Suspek meminta mangsa memindahkan sejumlah wang ke beberapa akaun bank supaya siasatan lanjut boleh dijalankan.
"Mangsa yang percaya dengan dakwaan itu membuat 20 transaksi pemindahan wang berjumlah RM459,041.90 ke beberapa akaun diarahkan suspek secara berperingkat bermula 11 hingga 28 Ogos," katanya dalam kenyataan hari ini.
Amran berkata mangsa hanya menyedari ditipu selepas suspek sekali lagi menghubunginya memberitahu mahu mendakwa mangsa di mahkamah walaupun mangsa telah membuat pembayaran yang diminta.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan dan denda.
Amran turut menasihati orang ramai agar tidak panik dan mudah mempercayai individu yang mendakwa membuat panggilan daripada agensi penguatkuasaan kerana pihak berkuasa tidak akan sesekali meminta butiran akaun bank serta mengarahkan wang dipindahkan ke akaun bank lain.
"Orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan terlebih dahulu dengan menghubungi balai polis berhampiran atau membuat semakan terhadap akaun bank yang diberi suspek melalui laman web www.ccid.rmp.gov.my/semakmule untuk mengesahkan sama ada bank tersebut terlibat dengan mana-mana kes penipuan," katanya.
Bernama
Wed Sep 16 2020
Seorang pesara guru kerugian hampir setengah juta ringgit termasuk wang persaraan dan hasil jualan barang kemas isteri selepas diperdaya sindiket Macau Scam.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir
Teresa Kok antara yang membawakan isu tersebut, menegaskan pengiktirafan itu tidak harus dipertikai kerana ia dijangka mampu menarik ramai pelancong ke Malaysia.
Haram kenakan caj tukar kredit eMADANI
Mengenakan caj perkhidmatan bagi pertukaran eMADANI kepada bentuk tunai atau pemindahan ke bank simpanan termasuk dalam perbuatan riba yang diharamkan syarak.
Montana negeri AS pertama haramkan TikTok
Montana menjadi negeri pertama AS mengharamkan aplikasi media sosial TikTok yang dibangunkan China, apabila gabenor Republikan Greg Gianforte menandatangani rang undang-undang pada Rabu.
33 tong cecair kimia dibuang secara haram di Gopeng
Sebanyak 33 tong berisi cecair bahan kimia ditemukan di kawasan lapang berhampiran jalan ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, petang Isnin.
Dosa besar jadikan agama Islam sebagai bahan jenaka - Mufti
Perbuatan berjenaka dengan mempersenda dan menghina agama adalah kesalahan jenayah syariah dari sudut undang-undang.
"Kenapa tak pakai sarung tangan sentuh anjing?" - Dituduh haram, jawapan doktor ini memang 'win'!
Enggan isu berkenaan diperbesarkan hingga menimbulkan kekeliruan, doktor itu kemudian tampil menjawab mengapa dia tidak memakai sarung tangan.
Kesederhanaan Islam lengkapi keperluan keamanan bersama - Prof Mohammad Hashim
Ancaman terhadap keamanan akan sentiasa wujud dan semakin meningkat memandangkan golongan pelampau sentiasa ada di mana-mana.
Kes rasuah: Nasib Zahid ditentukan 24 Januari
Ahmad Zahid dituduh dengan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Belalai dipotong terkena jerat, anak gajah betina mati selepas dua hari dirawat
Jumlah gajah Sumatera yang maut akibat dijerat atau diracun kini telah mencecah sehinga 25 ekor sejak sembilan tahun lalu.
Pahang tidak lantik syarikat luar untuk program pemutihan tanah
Kerajaan negeri akan merujuk perkara tersebut kepada Penasihat Undang-Undang Pahang untuk tindakan selanjutnya.