Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin menggesa seluruh lapisan masyarakat untuk bersama-sama warga ATM menjaga keselamatan dan kedaulatan negara ini.
Dengan adanya kesepaduan antara rakyat dan pasukan keselamatan, sudah pasti daulat negara tercinta tidak dapat diganggu gugat, katanya.
"Tanpa kewujudan ATM, pastinya negara terdedah dengan pelbagai ancaman yang boleh mengganggu gugat keamanan dan kedaulatan negara," katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari ATM ke-86 bertemakan 'Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama' di saluran TV1 terbitan Radio Televisyen Malaysia hari ini. .
"ATM adalah insurans atau jaminan terhadap kelestarian pertahanan negara dan sebagai perisai negara, kami warga ATM sanggup berkorban jiwa raga serta jujur dalam melaksana amanah," katanya.
Oleh itu, tindakan sesetengah pihak yang masih mempertikai kewujudan ATM dengan mengatakan ia satu bentuk kerugian dan pembaziran wang ringgit semata-mata adalah tidak berasas.
Mengulas lanjut, beliau berkata ketika ini, terdapat 5,000 warga ATM melaksanakan tugas di dalam dan luar negara.
"Mereka ini diletakkan dalam kesiagaan tinggi di kem atau pangkalan seluruh negara selain ada yang melaksanakan rondaan dan mengawasi sempadan perbatasan di darat, laut dan udara," katanya.
Dalam pada itu, Zulkifli turut menggesa seluruh lapisan masyarakat untuk bersama-sama warga ATM menjaga keselamatan dan kedaulatan negara ini.
"Dengan adanya kesepaduan antara rakyat dan pasukan keselamatan, sudah pasti daulat negara tercinta tidak dapat diganggu gugat.
"ATM juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang masih setia dan menaruh keyakinan, kepercayaan dan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada ATM," katanya.
Sambutan Hari ATM akan diadakan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak pada 27 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 16 2019
ZULKIFLI: "ATM adalah insurans atau jaminan terhadap kelestarian pertahanan negara dan sebagai perisai negara." - Gambar fail
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
Bubur pedas, juadah tradisi meriahkan Ramadan di Sarawak
Setiap kali Ramadan, juadah bubur lambuk pasti menjadi 'fenomena' di Semenanjung, sejak sekian lama.
Cristiano Ronaldo akui dia bukan lagi ‘pemain terbaik’ Portugal?
Bernardo Silva telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Portugal walaupun Cristiano Ronaldo masih beraksi untuk negaranya.
Cuaca panas: Orang Asli hadkan aktiviti luar rumah, masuk hutan
Bahang cuaca panas menyebabkan masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Brooke terpaksa mengurangkan aktiviti di luar rumah dan masa bekerja di dalam hutan.
Kerajaan Persekutuan ambil alih projek LRT Pulau Pinang
Projek pembangunan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan tetapi dengan meletakkan syarat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Pengarah syarikat dakwa pemilik RM500,000 beri keterangan esok - Ketua Polis Selangor
Pengarah syarikat yang mendakwa pemilik bagasi berisi wang RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta dijangka hadir memberikan keterangan esok.
Bernas ceriakan Aidilfitri pesawah asnaf
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menceriakan 45 asnaf dan komuniti pesawah sempena Aidilfitri tahun ini.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
[TERKINI] Mahkamah Tinggi arah Isa dan Emir bayar RM3.31 juta
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tan Sri Isa Samad dan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada FGV Holdings Berhad.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan
Pada masa ini Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkaliber bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif.
Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
ATM redah banjir usung jenazah warga emas
Pasukan itu meredah air hingga paras pinggang sejauh hampir 100 meter sebelum jenazah dinaikkan ke dalam trak.
60 anggota ATM bantu pascabanjir di Kota Tinggi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan 60 anggotanya bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula semalam.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.
Kementerian Pertahanan garis lima fokus perkasa ATM
Kementerian Pertahanan menggariskan lima strategi tahun ini bagi memperkasakan hala tuju Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mendepani cabaran.
Keprihatinan Agong pembakar semangat pertahan kedaulatan negara - Panglima ATM
Keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda menjadi pendorong seluruh ATM berusaha memacu kecemerlangan angkatan tentera demi nusa dan bangsa.