Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara Malaysia (PAUiTM) berteguh pendirian dan sebulat suara membantah sebarang cubaan untuk membuka kemasukan ke pusat pengajian tempatan itu kepada semua kaum.
Presiden PAUiTM Datuk Mohd Zaini Hassan pada Isnin berkata persatuan itu yang mewakili 700,000 alumni UiTM seluruh negara memandang serius tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang antara lain mendesak agar kemasukan UiTM dibuka kepada kaum lain.
Katanya, kedudukan UiTM sebagai persada pendidikan peringkat tinggi untuk anak Melayu dan Bumiputera adalah sebahagian daripada komponen hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
"Maka berdasarkan hakikat ini, sebarang langkah untuk mencabar keistimewaan itu dilihat sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan.
"Walaupun PAUiTM sedar bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengambil maklum sebarang tuntutan yang mewakili pelbagai masyarakat di negara ini, namun perkara berkenaan perlu ditangani dengan tegas bersama kesemua komponen kerajaan Pakatan Harapan dalam konteks pemeliharaan hak keistimewaan orang Melayu," katanya dalam kenyataan di sini.
Hindraf pada Isnin menyerahkan memorandum kepada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) dengan menyenaraikan 25 cadangan bagi menangani isu yang dihadapi golongan B75 masyarakat India, antaranya pengambilan mandatori 15 peratus pelajar kaum itu ke universiti awam termasuk UiTM.
Mohd Zaini, sebaliknya, berkata PAUiTM mencadangkan agar kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan mencari jalan bagi memperkasakan lagi institusi pendidikan ulung Bumiputera itu.
"Bagi memastikan UiTM tidak terus diganggu-gugat oleh mana-mana pihak lagi kami mencadangkan ia diletakkan di bawah satu inisiatif perlindungan Majlis Raja-Raja Melayu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 28 2018
PAUiTM mencadangkan agar kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan mencari jalan bagi memperkasakan lagi Universiti Teknologi Mara. - Gambar hiasan
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 26 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Buka Sempadan: Siaran khas Astro AWANI sempena detik bersejarah pintu negara dibuka
Detik yang pastinya ditunggu-tunggu rakyat Malaysia dan mungkin juga pengembara dari luar negara, iaitu sempadan negara akan dibuka bermula jam 12 malam ini.
SOP yang dilaksanakan sudah cukup untuk buka pintu sempadan - Ahli MPN
Menurut Ahli Majlis Pemulihan Negara (MPN), Datuk Michael Kang pintu sempadan perlu dibuka untuk membolehkan pelabur datang ke negara.
PKRC MAEPS sedia buka lebih banyak dewan
PKRC Bersepadu 2.0 di MAEPS bersedia membuka lebih banyak dewan bagi menampung peningkatan kemasukan pesakit terutama dari Lembah Klang.
Polis buka semula kertas siasatan Geng Lanun Merah Black Maria 360 - Acryl Sani
JSJ Bukit Aman dan Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed diarah kembali membuat pemantauan dan siasatan berterusan berhubung dakwaan terbabit.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini
Urus niaga ringgit agak rendah berbanding dolar AS ketika dibuka pada pagi Isnin kerana kekurangan permintaan untuk unit tempatan.
Persatuan Alumni UiTM bantah tuntutan Hindraf
Datuk Mohd Zaini Hassan berkata PAUiTM yang mewakili 700,000 alumni UiTM seluruh negara memandang serius tuntutan Hindraf yang antara lain mendesak kemasukan UiTM dibuka kepada kaum lain.
Keterujaan anak-anak kali pertama jalani ibadah puasa
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitulah didikan dan ajaran kepada ibadah berpuasa yang perlu diterapkan sejak dari muda.
Penggal pertama parlimen ke-13 dibuka Isnin
Pembukaan penggal pertama Dewan Rakyat Parlimen ke-13 akan bermula Isnin.