Menggalakkan perpaduan lebih erat dalam kalangan rakyat Malaysia adalah satu daripada cabaran utama yang perlu diberi keutamaan dalam mencapai agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50), menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Untuk tujuan ini katanya, faktor-faktor yang perlu diberi perhatian adalah sistem pendidikan negara.
Sistem pada masa ini dipersetujui oleh kaum-kaum di negara ini apabila Malaysia memperoleh kemerdekaan berdekad dahulu, katanya, dan menambah kini ramai yang merasakan ia adalah penghalang kepada perpaduan negara.
"Hari ini kita ada sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan Cina dan India serta antarabangsa. Ia dipersetujui sebelum ini dan kita hormatinya. Mungkin, ia dapat dilaksanakan pada masa itu tetapi tidak pada masa ini," katanya semasa dialog TN50 dengan eksekutif muda Touch 'N Go di sini pada Selasa.
Khairy berkata isu perpaduan bukanlah sesuatu yang ketara seperti statistik dan kedudukan ekonomi yang boleh diukur atau dicapai dengan mudah.
"Ia melibatkan perasaan kebersamaan. Pada masa depan, kita perlu menyelesaikan masalah ini dengan dasar yang lebih baik dalam tempoh 30 tahun akan datang," katanya.
Katanya Malaysia dikenali di seluruh dunia sebagai contoh negara berbilang kaum yang hidup bersama dalam suasana damai dan harmoni.
"Ini sesuatu yang perlu kita kekalkan dan terus perjuangkannya, perpaduan adalah identiti kita dan imej yang mentakrifkan Malaysia," katanya dan menambah ini adalah satu daripada aspirasi popular yang disuarakan semasa sesi dialog TN50 yang diadakan setakat ini.
TN50, satu gagasan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah dasar futuristik yang dirumuskan untuk mencorak hala tuju negara dalam tempoh 30 tahun selepas 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2017
Khairy berkata isu perpaduan bukanlah sesuatu yang ketara seperti statistik dan kedudukan ekonomi yang boleh diukur atau dicapai dengan mudah. - Gambar fail
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?
Apa rasional di sebalik cadangan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat sekolah rendah? Dr Khadijah Said Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM akan berkongsi pandangannya sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dalam #AWANIPagi
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Industri perbankan perlu kekal berdaya saing - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pada era pasca normal, pengurusan institusi kewangan perlu berdepan cabaran yang sangat pantas.
Cabaran media sosial antara topik dibincang Forum Perdana Ehwal Islam 'Legasi Merdeka'
Mohammad Redzuan berkata antara cabaran besar dalam menjaga kedamaian negara ialah penyalahgunaan platform media sosial.
Cabaran masak ayam dengan ubat batuk di TikTok, FDA beri amaran
Beberapa video yang tular mencabar orang ramai untuk memasak ayam dalam ubat batuk NyQuil, yang mengandungi acetaminophen, dextromethorphan dan doxylamine.
Fasa satu Lebuhraya Pan Borneo kini 86 peratus siap - Fadillah
Pada tahun ini, dijangkakan terdapat beberapa lagi seksyen dalam lebuh raya itu akan dibuka.
Nazri Aziz diundang ulas isu UMNO menjelang PRU15 di Yusof Ishak Institute minggu depan
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diundang ke Yusof Ishak Institute di Singapura bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan UMNO dan cabarannya berdepan PRU15.
Fahmi Zainol tekad raih sokongan orang muda jika dipilih mengetuai AMK
Fahmi juga berhasrat untuk meningkatkan partisipasi golongan muda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dan memantapkan sayap PKR.
AMK dan PKR perlu bawa rakyat keluar dari masalah yang sedang dihadapi - Adam Adli
Adam Adli menjelaskan usaha itu penting ketika mana rakyat sedang dihimpit masalah ekonomi dan kemelut politik yang tiada kesudahan sejak dua tahun yang lalu.
Fahami cabaran ibadah haji akibat COVID-19 - Hajiji
Umat Islam di negara ini terutama rakyat Sabah diminta supaya memahami cabaran melaksanakan ibadah haji dalam situasi COVID-19 masih melanda seluruh dunia.
Ini caranya untuk kekal segar sepanjang hari berpuasa
Bercerita cabaran ketika berpuasa, selain menahan lapar, usaha untuk memastikan badan kekal hidrasi sering dibincangkan secara meluas.
JENDELA fasa satu di Sarawak dilaksana ikut jadual
Antara cabaran dihadapi adalah bentuk muka bumi yang bergunung-ganang terutama di kawasan tengah dan utara Sarawak.