SEJAK akhir-akhir ini, banyak pihak bercakap tentang perpaduan sama ada tentang kerjasama antara parti politik mahupun penyatuan Melayu.
Dalam hal ini, pendirian saya konsisten - sentiasa menyokong sebarang usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia, tidak kira bangsa mahupun warna kulit.
Saya sokong kerana saya sedar bahawa perpaduanlah asas kejayaan sesebuah negara.
Jika tidak, mana mungkin usaha menyatukan masyarakat termasuklah orang Melayu telah dimulakan sejak sebelum Merdeka lagi.
Pada tahun 1946 misalnya, datuk saya sendiri, Allahyarham Dato’ Onn Ja'afar telah mengadakan mesyuarat dengan lebih 40 pertubuhan Melayu bagi berbincang dan menyeru orang Melayu agar bersatu menentang Empayar British serta pembentukan Malayan Union.
Lebih bermakna, usaha beliau inilah, yang menyebabkan tertubuhnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Tidak terhenti setakat itu, Dato’ Onn juga sanggup meletakkan jawatan dalam UMNO pada tahun 1951, selepas cadangannya untuk membuka keahlian UMNO kepada semua kaum ditentang oleh sebahagian besar ahli UMNO pada ketika itu.
Lihatlah, betapa besarnya visi Dato’ Onn dalam menyatukan rakyat. Beliau sedar dan sanggup akui bahawa Malaysia tidak akan berjaya jika hanya bersandarkan kepada kekuatan Melayu semata-mata.
Hari ini, sama ada kita sedar atau tidak, sesetengah usaha dan keputusan yang kita buat seolah-olah sedang mengulang tulis sejarah yang telah dicoretkan oleh Allahyarham Dato’ Onn.
Lihat sahajalah kepada usaha Muafakat Nasional dan penganjuran Kongres Maruah Melayu.
Tujuan utama pelaksanaannya, ialah kita mahu menyemai benih perpaduan dalam kalangan orang Melayu, tanpa sedikitpun berniat untuk meminggirkan kaum-kaum lain.
Tujuannya juga ialah, kita mahu memenuhi harapan nenek moyang kita dahulu, yang mengimpikan sebuah negara berbilang bangsa yang bukan sahaja maju, tetapi juga aman lagi sejahtera.
Malangnya, seperti yang saya jangkakan. Akan ada sahaja pihak yang tidak senang dengan usaha ini, lalu dengan sengaja menimbulkan retorik perkauman sehinggakan sebahagian orang bukan Melayu mula berasa terancam dan dipinggirkan.
Akhirnya, bukan sahaja niat murni kita untuk menyatukan rakyat tidak kesampaian, malah, turut menyebabkan syak wasangka dalam kalangan masyarakat semakin menebal.
Pada saya secara peribadi, keadaan ini amat menyedihkan. Namun saya masih percaya, usaha dan perjuangan menyatukan orang Melayu mesti diteruskan.
Dan kepada sahabat-sahabat yang bukan Melayu, usahlah gusar dan bimbang. Ini kerana, orang Melayu tidak akan sesekali bersikap cauvanis, apatah lagi mengorbankan keharmonian antara kaum yang telah sekian lama terbina selama ini.
Kebanyakan orang Melayu seperti saya juga, percaya bahawa perpaduan antara setiap kaumlah yang merupakan asas kejayaan, keamanan dan kestabilan tanah air tercinta ini.
Sebab itu, saya pernah menyebut beberapa kali sebelum ini. Misalnya pada 8 Julai, saya mengingatkan, dalam kita menyatakan pendirian tentang perpaduan umat Melayu dan Islam, jangan kita takbur dan sombong, kerana ada pihak yang sedang memerhati. Negara kita ini rakyatnya berbilang bangsa dan agama. Jangan sesekali pinggirkan sentimen ini.
Pada 15 Ogos, saya juga menyebut: "Mengukuhkan perpaduan dan kaharmonian kaum amat penting buat masa ini. Saya tidak berniat menyalahkan sesiapa. Saya menulis sebagai rakyat Malaysia. Tetapi, terdapat banyak kesilapan telah dilakukan oleh sesetengah pihak di luar sana."
Saya menyebut kenyataan-kenyataan itu kerana saya tidak mahu Malaysia terus terperangkap dengan persekitaran yang penuh toksik.
Lihat sahajalah sejak setahun dua ini, betapa banyaknya pihak yang tanpa segan silu menyampaikan ucapan dan menyebarkan berita palsu yang amat jelas sengaja mahu menyalakan api perkauman sehingga menyebabkan hubungan antara setiap kaum di negara ini, semakin renggang dan terpisah.
Saya percaya, dalam masalah ini rakyatlah mangsanya. Sebab itu, setiap pemimpin kerajaan dan pembangkang mesti bertanggungjawab serta mesti berani mengakui kesilapan dan memperbaiki kelemahan.
Ya, ia bukan tugas mudah, namun kita tiada pilihan. Jika kita benar-benar sayangkan rakyat, maka kita perlu berusaha sedaya upaya dengan ikhlas dan jujur untuk mengubati hati mereka yang telah terluka, akibat tindak tinduk sesetengah pihak.
Pada masa yang sama, pihak tertentu juga mesti akui, bahawa selepas Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14), rakyat cukup terseksa akibat keadaan ekonomi negara yang amat membimbangkan.
Harga sawit merudum, peluang pekerjaan terhad, malah kuasa membeli rakyat langsung tidak meningkat. Begitu juga dengan soal keselamatan negara. Ancaman boleh hadir pada bila-bila masa.
Sekiranya kita tidak bersedia, rakyat negara ini akan terdedah kepada risiko keselamatan yang cukup besar. Bayangkanlah, dengan ancaman keselamatan, masalah ketegangan kaum, masalah ekonomi, masalah politik.
Jika kesemua masalah ini dianggap biasa dan tidak diberi perhatian serius, maka kita sedang meletakkan negara berada dalam keadaan yang cukup bahaya.
Sebab itu, siapa pun kita, kita mesti sedar bahawa kita sudah tiada banyak masa. Kita mesti berani untuk bertindak sekarang dan melakukan yang terbaik dengan kapasiti yang kita ada.
Kepada para pemimpin, memang ada kalanya kita terpaksa membuat keputusan yang tidak popular di mata rakyat, tetapi selagi ia baik untuk menyatukan rakyat dan memajukan negara ini, kita mesti lakukannya dengan mengenepikan segala perbezaan dan emosi.
Kita perlu ingat, satu hari nanti negara ini perlu diwariskan kepada anak dan cucu cicit kita. Saya tidak sanggup untuk mewariskan kepada mereka negara yang telah hancur dan sudah tiada nilai yang berhak dibanggakan.
Sebaliknya, saya mengimpikan mereka berterima kasih kepada kita semua, kerana mewariskan sebuah negara yang cerah masa depannya, maju pembangunannya serta bersatu padu rakyatnya.
Saya yakin, bukan saya seorang tetapi setiap orang baik di negara ini turut berkongsi impian dan harapan yang sama.
Justeru, usaha untuk menyatukan rakyat ini mesti diteruskan secara konsisten, ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Orang-orang Melayu yang sedar sudah pun memulakan langkah mereka.
Jadi, saya amat berharap langkah ini bukan sahaja diterima baik, malah turut diikuti oleh semua orang tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan.
Ingatlah wahai seluruh rakyat Malaysia - #MalaysiaDeservesBetter!
* Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ialah Ahli Parlimen Sembrong dan bekas Menteri Pertahanan
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Sun Oct 13 2019
Kebanyakan orang Melayu percaya bahawa perpaduan antara setiap kaumlah yang merupakan asas kejayaan, keamanan dan kestabilan tanah air. - Gambar BERNAMA
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.
PM Anwar, delegasi negara lawat Siemens Energy di Jerman
Lawatan itu merupakan agenda kedua Perdana Menteri pada selepas Mesyuarat Pre-Council pada sebelah pagi.