Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang turut didalangi empat sekeluarga dalam 10 serbuan di sekitar Muar dan Johor Bahru pada hujung minggu lalu.
Mereka terdiri daripada seorang lelaki bersama ibu, abang serta abang iparnya.
Turut dirampas adalah pelbagai jenis dadah bernilai RM3.41 juta.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Maydin Pitchay, berkata keluarga itu adalah antara 14 ahli dan dalang sindiket berusia 20 hingga 50 tahun yang ditahan melalui operasi pada Sabtu dan Ahad itu.
"Sindiket ini dipercayai bergiat aktif sejak Disember lalu, dengan bekalan dadah diambil dari utara untuk dihantar ke Indonesia melalui jalan laut di sekitar perairan Johor Barat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Bahru pada Isnin.
Katanya, dalam serbuan pertama di Muar, polis menahan enam suspek dan menemui pelbagai jenis dadah termasuk syabu seberat 42.8 kilogram (kg) selain 51,703 biji pil ectasy dan pil Eramin Five (9,500).
Turut disita di lokasi itu ialah sebuah bot dan dua kenderaan lain, katanya.
Katanya, dalam serbuan kedua di Johor Bahru, polis menahan lapan suspek dan merampas 197.61 gram (g) syabu, heroin (5.6g) dan 20 biji pil Eramin Five.
Turut disita sebuah kenderaan dan wang tunai berjumlah RM10, 795, katanya.
Katanya, polis turut melakukan lapan lagi serbuan di lokasi lain di Muar dan Johor selepas itu.
Beliau berkata, ujian saringan mendapati lapan daripada 14 suspek terbabit positif dadah dengan lima daripada mereka mempunya rekod lampau.
Katanya, semua suspek direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39b dan Seksyen 5(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Astro Awani
Mon Jun 22 2020
Ayob Khan berkata, semua mereka direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39b dan Seksyen 5(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Gambar fail
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.