Permohonan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk membatalkan saman Menteri Perusahaan Utama Teresa Kok Suh Kim berhubung dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) akan didengar pada 3 Jan tahun hadapan.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Quay Chew Soon menetapkan tarikh itu dalam kamarnya ketika pengurusan kes hari ini.
Peguam Mohammed Nasser Yusof hadir mewakili Jamal sementara peguam Elyse Ng Zi Qian hadir bagi pihak Kok.
Mohammed Nasser yang ditemui pemberita selepas prosiding berkata, Jamal selaku defendan memfailkan permohonan itu pada 25 April lepas atas alasan tiada kausa tuntutan yang munasabah dalam tuntutan plaintif.
"Kausa tuntutan yang dibawa oleh plaintif adalah defendan memfitnah plaintif telah melesapkan wang YAWAS. Aduan telah dilakukan oleh defendan di atas tuduhan pecah amanah wang YAWAS kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Sehingga kini siasatan masih dijalankan dan tiada kata putus diberikan oleh pihak SPRM. Oleh itu, kausa tuntutan yang dibawa oleh plaintif adalah pramatang kerana keputusan siasatan masih belum diberikan," katanya.
Pada 6 April 2017, Kok memfailkan saman terhadap Jamal berhubung dakwaan Jamal telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya berkaitan dana Yawas ketika mengadakan sidang media pada 8 Mac, 2017.
Dalam penyataan tuntutan itu, Kok mendakwa kenyataan berkenaan telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik termasuk dalam laman sosial Facebook milik Jamal.
Ahli Parlimen Seputeh itu mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain memberikan gambaran bahawa beliau telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk kegunaan sendiri dan seorang yang tidak beretika.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM1 juta, ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injuksi bagi menghalang defendan atau mana-mana ejennya daripada menerbitkan semula kenyataan fitnah berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 29 2019
Pada 6 April 2017, Kok memfailkan saman terhadap Jamal berhubung dakwaan Jamal telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya berkaitan dana Yawas.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda batal saman 1MDB ditolak
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Irwan Serigar dan Arul Kanda untuk membatalkan saman oleh 1MDB.
PKNS, Parkson diperintah teruskan pertikaian di Mahkamah Tinggi
Rayuan PKNS Andaman Development terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Malaya pada 29 Jan 2021 boleh dibatalkan dengan kos RM10,000.
Mahkamah benar permohonan Tommy Thomas batal saman Najib
Tuntutan yang dikemukakan oleh Najib tidak boleh dipertahankan dan tidak ada sebab tindakan yang munasabah.
Dua anak Jamaludin Jarjis berjaya batal saman nenek
Ia berhubung pengagihan wang tunai RM2.29 juta milik arwah yang disimpan di dalam akaun bank tempatan dan luar negara.
Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda batal saman 1MDB tuntut AS$6.59 bilion didengar 19 Okt
Permohonan untuk membatalkan saman itu difailkan Arul Kanda bulan lepas manakala Mohd Irwan memfailkan permohonan pada 18 Feb.
Ibu model Belanda rayu keputusan mahkamah batal samannya terhadap polis, kerajaan
Ibu mendiang Ivana Esther Robert Smit memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan samannya terhadap polis, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia.
Darurat: Muhyiddin, kerajaan mohon batal saman Khairuddin
Muhyiddin dan kerajaan sebagai defendan pertama dan kedua memfailkan permohonan itu menerusi Peguam Persekutuan hari ini.
Anwar gagal batal saman berhubung pengampunan penuh sabitan liwat
Ketika menolak permohonan Anwar dan Lembaga Pengampunan itu, Akhtar berkata plaintif mempunyai locus standi dalam memulakan saman itu.
Permohonan Jamal batal saman Teresa Kok didengar 3 Januari
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Quay Chew Soon menetapkan tarikh itu dalam kamarnya ketika pengurusan kes hari ini.
Mahkamah batalkan saman waris penumpang MH370 ke atas DCA dan tiga lagi
Mahkamah Tinggi memutuskan saman itu tiada kuasa tindakan ke atas DCA, Jabatan Imigresen Malaysia, bekas Panglima TUDM dan TUDM.