Jika dua hari lalu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar mendedahkan baginda memiliki baju kurung daripada kain Tenun Diraja Pahang bauksit, hari ini baginda sendiri menunjukkan bakat mereka cipta corak baju daripada bahan mineral itu.
Hanya berbekalkan sehelai baju-T Pagoda berwarna putih, getah pengikat, air bauksit, pewarna yang dihasilkan daripada pokok tarum atau nama saintifiknya Indigofera Tinctora, baginda berjaya menyiapkan baju bercorak abstrak dengan warna jingga dan indigo yang menarik.
Baju-T yang telah siap itu kemudian dikurniakan kepada juruiring baginda, Brig Jen Mohd Zahari Yahya TUDM.
"Saya nak tunjuk kepada semua, bauksit ini boleh juga dijadikan bahan pewarna pakaian dan lepas ini sesiapa yang berminat untuk jadikannya bahan pewarna pakaian, boleh minta dengan Felda," titah baginda secara bergurau kepada Bernama.
Tunku Azizah sebelum itu berkenan mencemar duli meluangkan masa lebih lima jam menyertai Bengkel Natural Dye Creative Workshop yang diadakan di Perkampungan Budaya Pulau Keladi di sini dengan diiringi puteri baginda, Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah Sultan Abdullah dan menantu baginda Tengku Puteri Suraiya Afzan Mohamed Moiz.
Selain baju-T itu, baginda turut berkenan mereka corak beberapa lagi baju-T dan 'apron' menggunakan teknik 'ikat celup' sebelum menggalakkan juruiring-juruiring baginda turut sama mencuba menghasilkan rekaan sendiri pada baju putih yang disediakan.
Sementara itu pengerusi program, Fatimah Ismail berkata bengkel dua hari itu diadakan dalam usaha untuk mengetengahkan kepada pengamal industri tekstil di negara ini tentang teknik 'natural dye' melalui pengalaman pakar-pakar tekstil dari dalam dan luar negara.
"Dalam bengkel ini kita mengetengahkan empat orang pakar pewarna tekstil dari Laos, Thailand, India dan Indonesia selain pakar-pakar tempatan seperti Aziz Awang untuk kongsikan pengetahuan serta pengalaman mereka berkaitan 'natural dye' ini.
"Banyak tip telah dikongsikan bersama hampir 100 peserta yang menyertai bengkel ini dari seluruh negara dan ia diharap mampu membantu memberikan lebih banyak idea kepada mereka untuk menghasilkan produk yang menarik serta berkualiti dengan menggunakan bahan alam semula jadi," katanya.
Selain bauksit, antara bahan pewarna alam semula jadi yang turut diketengahkan dalam bengkel ini termasuk daripada kulit kayu bakau, daun mangga, daun ceri, selain daun dan kulit buah manggis.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 17 2019
Raja Permairusi Agong berkenan merendam kain dengan air tanah bauksit bagi mendapatkan warna yang diilhamkan oleh baginda sendiri. - Bernama
AWANI Ringkas: Lebih 34,000 nyawa rakyat Palestin terkorban
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Waspada taktik 'scammer' guna nama pegawai Kementerian Komunikasi
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka.
Remaja mati lemas ketika mandi bersama rakan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mati lemas ketika mandi-manda bersama rakannya di kawasan pam pasir Kampung Bagan, Pulai Chondong di sini semalam.
Menteri Luar Iran bincang penyelesaian krisis Gaza dengan Setiausaha Agung PBB
Dalam perbincangannya dengan pegawai PBB, menteri itu menegaskan pendirian Iran bahawa meningkatkan lagi konflik ini tidak memanfaatkan pihak terlibat.
Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.
Cakna kesihatan pelajar sebelum lakukan aktiviti luar kelas - Dzulkefly
Ibu bapa dan guru perlu cakna tentang kesihatan anak-anak dan pelajar sebelum mereka menjalankan aktiviti luar bilik darjah termasuk acara larian merentas desa ketika musim panas ini.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
Fokus Minggu Depan: Perang Iran-Israel: Perkembangan seterusnya?
Ikuti kupasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban mengenai perkembangan perang Israel-Iran yang ketika ini menggegarkan Asia Barat.
Data sekolah di Singapura diceroboh
Kementerian Pendidikan semalam mengesahkan berlaku pelanggaran data di salah satu vendornya mengakibatkan 'akses tidak dibenarkan' bagi nama dan alamat e-mel ibu bapa dan kakitangan lima sekolah rendah dan 122 sekolah menengah.
Permaisuri Agong tunjuk bakat reka corak baju guna bauksit
Jika dua hari lalu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar mendedahkan baginda memiliki baju kurung daripada kain Tenun Diraja Pahang bauksit, har