Mekanisme untuk mengenakan saringan awal terhadap bakal pemandu Grab sebelum diambil bekerja dalam perkhidmatan itu adalah sesuatu yang wajar dan dianggap realistik dalam mengurangkan risiko berlakunya jenayah.
Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Profesor Datuk Marimuthu Nadason berkata menerusi kaedah itu, latar belakang atau rekod individu atau pemohon mampu dikesan lebih awal.
Beliau menambah bahawa tidak sewajarnya semua pemohonan terus diterima dengan mudah tanpa mengambil kira faktor-faktor berkaitan.
"Kena ada saringan, kita perlu periksa latar belakang mereka terlebih dahulu sebab kita perlu pastikan rekod mereka sebelum diterima.
"Kalau seseorang tu mahu jadi pemandu Grab, berapa tahun dia ada pengalaman memandu. Sekarang ini banyak dalam kalangan pelajar pun memandu (Grab). Kita kena tahu kemahiran mereka memandu," kata Marimuthu.
Dalam pada itu, Marimuthu menganggap beberapa kes jenayah membabitkan pemandu Grab tidak terlalu serius dan hanya berupa kes terpencil.
Malah, menurutnya, jika berlaku sebarang perkara buruk sekalipun, pelaku mudah dijejaki berdasarkan rekod yang ada di dalam sistem perkhidmatan tersebut.
Marimuthu ditemui ketika menghadiri Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kepenggunaan bersempena Hari Pengguna Malaysia 2017, di sini, hari ini.
Sempena sambutan Hari Pengguna tahun ini, FOMCA menganjurkan 12 jenis pertandingan termasuklah penulisan esei, mewarna, fotografi, dan melukis.
Acara ini mendapat sambutan menggalakkan apabila berjaya menarik minat lebih 125,000 penyertaan dari seluruh negara bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah lebih RM300,000 yang ditawarkan.
Seramai 518 peserta diumumkan sebagai pemenang dalam kategori masing-masing.
Pertandingan ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendidikan terhadap golongan muda untuk menjadi pengguna yang lebih bijak dan berhemah.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat Nov 04 2017
MARIMUTHU: Kena ada saringan, kita perlu periksa latar belakang mereka terlebih dahulu sebab kita perlu pastikan rekod mereka sebelum diterima. -Gambar fail
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Perlu penguatkuasaan tegas, pastikan penurunan harga beras putih import tercapai
Ia bagi memastikan matlamat kerajaan menurunkan harga makanan ruji rakyat Malaysia itu tercapai.
Marimuthu dipilih semula sebagai Presiden Consumers International
Presiden FOMCA Datuk N. Marimuthu dipilih semula sebagai Presiden Consumers International bagi penggal kedua.
NanoVerify-FOMCA meterai MoU bagi sahkan produk nano kepada pengguna
NanoVerify-FOMCA meterai MoU bagi sahkan produk nano kepada pengguna | Dagang News
Gantung lesen premis jika gagal kawal pelanggan - Fomca
Tindakan tegas seperti menarik atau membatalkan lesen sekiranya kesalahan berganda berlaku perlu dikenakan oleh penguat kuasa.
Hari Hak-Hak Pengguna: COVID-19 bantu kurangkan penggunaan plastik sekali guna
COVID-19 telah mewujudkan perubahan kepada trend pengguna apabila pengguna mula membawa bekas sendiri untuk tapau makanan.
Tahap kesedaran rendah punca isu sampah plastik tidak terurus terus meruncing
Kesan penggunaan plastik akan dirasai apabila masyarakat tidak bertanggungjawab secara berterusan membuang plastik secara tidak terurus.
Pengeluaran KWSP bantu golongan sasar - FOMCA
Pengeluaran Akaun 1 KWSP dilihat dapat membantu memulihkan kitaran ekonomi masyarakat yang terjejas dan terhimpit.
Adakah memadai hukuman denda kepada 'penjahanam' sungai?
Undang-undang terhadap perosak alam sudah ada, namun memadaikah usaha mengenakan hukuman denda kepada pelaku?
FOMCA saran kerajaan lanjutkan moratorium sehingga Disember
FOMCA meminta kerajaan menimbang pelanjutan moratorium enam bulan yang diumumkan pada 25 Mac lepas sehingga Disember 2020.
Awas peralatan elektrik tidak selamat undang padah
Peningkatan secara mendadak pembelian peralatan elektrik oleh pengguna secara dalam talian sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu menimbulkan kebimbangan FOMCA.