Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan satu Mesyuarat Khas bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri pada petang Selasa.

Ia bagi membincangkan situasi terkini serta tindakan yang perlu diambil setiap pentadbiran negeri berhubung Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok sehingga 31 Mac depan.

Selain Ketua Menteri dan Menteri Besar, turut hadir dalam mesyuarat khas itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Selain Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Perdana Menteri difahamkan akan mempengerusikan satu lagi mesyuarat koordinasi bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada petang ini (Selasa).