Perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan pertuduhan jenayah membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, belum dapat diteruskan.
Ini ekoran keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sementara perbicaraan itu bagi menunggu rayuannya mengenai perkara-perkara interlokutori diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Perkara-perkara itu termasuk permohonan Najib untuk mendapatkan perintah sekatan terhadap media dan orang ramai daripada membincangkan merit kes jenayahnya, akses kepada dokumen siasatan termasuk keterangan saksi di peringkat praperbicaraan dan mengenai penarikan balik sijil pemindahan kes oleh Peguam Negara yang ditolak panel hakim awal hari ini.
Ketika membenarkan permohonan penangguhan itu, Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof yang mempengerusikan panel tiga hakim itu berkata, terdapat kemungkinan perbicaraan itu diisytiharkan terbatal berikutan terdapat isu-isu baharu di hadapan mahkamah.
Hakim Zabariah juga berkata tiada taktik untuk melengah-lengahkan perbicaraan dilakukan Najib.
Peguam Negara Tommy Thomas memberitahu mahkamah bahawa beliau akan menulis surat kepada Ketua Hakim Negara supaya menetapkan tarikh pendengaran rayuan-rayuan itu secepat mungkin.
Hakim Zabariah berkata mahkamah sedang berusaha untuk menyegerakan perkara itu, dan menambah mereka akan memberikan alasan-alasan perundangan bagi keputusan mereka menjelang minggu depan dan mahkamah juga akan mengarahkan pendaftar mahkamah untuk menyediakan rekod-rekod rayuan.
Turut bersidang bersama-sama beliau ialah hakim-hakim Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Lau Bee Lan.
Terdahulu, panel hakim itu menolak tiga daripada empat rayuan yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri itu.
Hakim Zabariah telah membacakan alasan ringkas keputusannya mengenai perintah sekatan itu dan mengenai akses kepada dokumen-dokumen, manakala Hakim Lau menyampaikan keputusan mengenai pemindahan kes Najib dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi berikutan penarikan balik sijil pemindahan kes oleh Peguam Negara mengikut Seksyen 418 Akta Kanun Tatacara Jenayah.
Hakim Zabariah berkata hakim Mahkamah Tinggi tidak melakukan kekhilafan dalam keputusannya untuk menolak permohonan Najib bagi mendapatkan satu perintah sekatan.
"Tiada penyalaharahan dalam undang-undang dan fakta dan hakim telah membuat penilaian yang positif atas bukti-bukti yang dikemukakan di hadapannya dan membuat analisis yang berhati-hati mengenai kuasa-kuasa yang dikemukakan," katanya.
Mengenai pendedahan dokumen-dokumen, Hakim Zabariah berkata pihak pendakwaan telah mematuhi Seksyen 51 (a) Kanun Tatacara Jenayah mengenai kewajipan untuk mendedahkan dokumen-dokumen untuk praperbicaraan dan Najib tiada hak kepada apa-apa pendedahan lanjut di peringkat ini.
Beliau berkata dokumen yang diminta Najib itu diperoleh dalam tempoh penyiasatan dan dokumen-dokumen berkenaan adalah dokumen rahsia dan tidak boleh didedahkan.
"Isu mengenai kemungkinan saksi akan diganggu adalah satu alasan lain mengapa keterangan-keterangan dalam penyiasatan tidak boleh didedahkan kepada orang kena tuduh," kata hakim Zabariah.
Hakim Lau berkata Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah memberikan peguam Najib hak untuk didengar sebelum beliau memberikan keputusannya.
Beliau berkata hakim juga bertindak betul apabila beliau menggunakan budi bicara mengikut Seksyen 417 Kanun Tatacara Jenayah untuk memindahkan kes Najib balik ke mahkamahnya untuk beliau menghakimi perbicaraan itu.
Dalam membenarkan permohonan Najib supaya pihak pendakwaan menyerahkan salinan surat lantikan pendakwa 'ad hoc' Datuk Sulaiman Abdullah, Hakim Rhodzariah berkata komunikasi profesional antara peguam bela dan kliennya seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 126 Akta Keterangan seperti yang dihujahkan oleh Peguam Negara, tidak terpakai dalam kes ini.
Anggota Parlimen Pekan berusia 66 tahun itu menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan berkaitan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Dia juga didakwa dengan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama
Di luar mahkamah, Ketua Bahagian Pendakwaan Manoj Kurup berkata mereka akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengenai surat lantikan Sulaiman itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2019
Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kiri) hadir ke Mahkamah Rayuan hari ini bagi mendengar keputusan rayuan berhubung perkara-perkara interlokutori dalam pertuduhan jenayah yang dihadapinya melibatkan dana SRC International. - Foto Bernama
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.