Di tengah-tengah ketidaktentuan global, penurunan saham Air Asia terhad dalam dagangan awal hari ini selepas pengasas bersamanya Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun dibersihkan daripada dakwaan rasuah berkaitan dengan skandal Airbus.

Pada 10.15 pagi, AirAsia Group turun empat sen kepada 64 sen berbanding penurunan awal sebanyak 10 sen dengan 36.93 juta saham bertukar tangan.

Sementara itu, Air Asia X tidak berubah pada lima sen dengan 3.83 juta saham diniagakan.

Dilaporkan bahawa DO Governance Advisory Sdn Bhd yang dilantik oleh jawatankuasa lembaga AirAsia Group telah mendapati kedua-duanya tidak terlibat melakukan kesalahan tersebut.

Kedua-duanya telah dikembalikan semula jawatan mereka masing-masing sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan dan pengerusi eksekutif AirAsia.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, AirAsia dan AAX berkata BDO pada Isnin (16 Mac) mengemukakan laporan mereka mengenai dapatan daripada siasatan dalaman bebas.

BDO mendapati kumpulan itu mempunyani proses pemerolehan pesawat yang baik dan pembelian pesawat adalah '"wajar dan pada harga yang menguntungkan syarikat"dan penajaannya bagi pasukan sukan oleh Airbus didedahkan kepada dan disokong oleh lembaga pengarah AirAsia pada masa yang berkaitan.

Terdahulu awal tahun ini, syarikat penerbangan tambang rendah itu digegarkan dengan skandal selepas AirAsia dan AAX disebut dalam sebuah dokumen mahkamah di United Kingdom yang mendakwa Airbus SE memberi rasuah US$50 juta (RM207 juta) kepada dua eksekutif syarikat penerbangan itu sebagai pertukaran membeli pesawat Airbus.- BERNAMA