Kerajaan sedang meneliti untuk menjenamakan semula Biro Tatanegara (BTN) supaya peranan dan fungsi agensi berkenaan tidak lagi tersasar daripada objektif utama penubuhannya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Md Farid Md Rafik berkata BTN tidak lagi akan menjadi ejen yang boleh digunakan pihak tertentu untuk 'menonjolkan motif mereka yang tersendiri'.
"Seiring perubahan sosiopolitik dan dengan semangat Malaysia baharu, BTN sedang dalam proses penjenamaan semula dan perbincangan berhubung penjenamaan semula BTN masih berlangsung.
"Kajian semula untuk membangunkan modulnya akan memberi penekanan kepada pembudayaan nilai murni dalam kehidupan dan kembali kepada objektif asal penubuhannya," kata beliau ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, pada Isnin.
Beliau berkata pengisian program yang akan dibawa lebih bermatlamatkan fokus memupuk jati diri dari aspek bangsa, budaya dan nilai dalam memastikan kedaulatan negara bangsa.
Katanya, terdapat empat objektif BTN iaitu meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai aspek kenegaraan, dasar-dasar kerajaan, isu-isu semasa serta menerapkan nilai-nilai murni.
Dalam perkembangan lain, Md Farid berkata pemimpin seharusnya lebih bertanggungjawab dan menjaga tatasusila dan mengelak daripada menyentuh unsur-unsur yang boleh membawa kepada ketidakharmonian antara kaum di negara ini.
"Pemimpin dan wakil-wakil rakyat perlu menjaga tatasusila, tidak perlulah hari-hari nak kena tekankan, patut faham sendiri bahawa perpaduan itu aset utama yang harus dibela dan dihargai.
"Elakkan daripada menjadi punca tercetusnya insiden-insiden tidak elok, pemimpin harus jadi contoh utama dalam hal ini," katanya.
Sementara itu, Dewan Rakyat meluluskan usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan pembukaan persidangan Parlimen pada 17 Julai lalu.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon meluluskan usul itu selepas menyaksikan lebih suara menyokong berbanding membantah.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung pada Selasa. -- Bernama
Bernama
Mon Aug 06 2018
Pengisian program yang akan dibawa BTN akan lebih bermatlamatkan fokus memupuk jati diri dari aspek bangsa, budaya dan nilai dalam memastikan kedaulatan negara bangsa. - Gambar hiasan
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Tujuh kertas siasatan dibuka di bawah unit 'task force' 3R PDRM
Tujuh kertas siasatan telah dibuka melibatkan kes 3R atau kes penghinaan terhadap agama, kaum dan Institusi Diraja bagi tempoh bermula 27 Mac 2023 sehingga 6 April 2023.
Pelantikan perkhidmatan awam berdasarkan merit, bukan sebab kaum - Cuepacs
Perkhidmatan awam selama ini tidak pernah menetapkan bangsa sebagai faktor penentu dalam mengambil atau menaikkan pangkat penjawat awam.
Pada usia 95 tahun, saya tidak akan pernah berhenti perjuangkan nasib Melayu - Tun Mahathir
Sejak dari dulu beliau melihat sendiri nasib orang Melayu dan baginya, kuasa orang Melayu semakin merosot kerana mereka berpecah.
Program pembasmian kemiskinan ambil kira pelbagai faktor - Muhyiddin
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia bagi memastikan kekayaan dapat diagih dan dinikmati secara bersama.
Ummah Rabbani Negara Harmoni, tema Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan
Tema itu bertepatan dengan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa, bahasa dan agama yang telah pun dicontohkan di zaman Nabi Muhamad SAW.
Dalam bantuan kemanusiaan, kita harus 'buta' agama dan bangsa - Zulkifli
Itu yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam usaha membantu antara satu sama lain ketika tempoh sukar ini.
Hina kaum, agama, Raja: 21,296 laporan dalam 6 minggu
SKMM terima 21,296 laporan berhubung kandungan berunsur perkauman, keagamaan dan menghina institusi Diraja dalam tempoh enam minggu pertama
Kerajaan perlu tegas martabatkan bahasa Melayu - U-Wei
U-Wei berkata negara-negara jiran berjaya menyatukan rakyat mereka dengan penggunaan satu bahasa iaitu bahasa ibunda mereka.
Papua dan Indonesia, bersama atau berpisah?
Maka dengan kelahiran sistem negara bangsa di dalam politik antarabangsa menjadikan secara idealistiknya setiap negara didiami oleh satu bangsa yang sama.
Diskriminasi terhadap pencari kerja: Apa anda perlu tahu?
Apakah sebenarnya maksud diskriminasi terhadap pencari kerja dan bagaimana ia memberikan kesan kepada ekonomi negara?