Gara-gara memberi terpedaya dengan iklan murah di sebuah laman web jual beli terkemuka, seorang penjawat awam di Rompin terpaksa menanggung kerugian RM5,000 selepas ditipu dalam urusan jual beli mini traktor.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula pada Selasa lalu apabila mangsa lelaki berusia 40 tahun melihat iklan menjual mini traktor di laman web berkenaan berjenama Iseki pada harga RM6,500.
Katanya, mangsa menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bertanyakan sama ada traktor berkenaan sudah dijual ataupun belum kepada nombor yang diletakkan di iklan berkenaan.
"Mangsa kemudian berurusan dengan seorang lelaki yang memberitahu traktor berkenaan masih belum dijual lagi dan ditawarkan pada harga RM5,000.
"Mangsa bersetuju dengan harga itu sebelum diminta untuk memasukkan wang sebanyak RM5,000 ke dalam satu akaun yang diberikan," katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Khamis.
Beliau berkata, selepas membuat bayaran berkenaan, mangsa pergi ke satu alamat yang diberikan oleh suspek iaitu di Tangkak, Johor dengan menaiki lori untuk mengambil mini traktor berkenaan pada keesokan hari.
"Namun sampai di kawasan berkenaan, penduduk di kampung itu memberitahu alamat yang diberikan suspek tidak wujud. Mangsa cuba menghubungi suspek namun gagal.
"Dia kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, pada Rabu dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan," katanya.
Noraniza Kamsani
Fri Mar 06 2020
Mangsa tertipu dengan jualan mini traktor yang diiklankan dalam platform jualan dalam talian.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Penjawat awam rugi RM5,000 ditipu jual beli mini traktor
Mangsa melihat iklan menjual mini traktor di laman web berkenaan berjenama Iseki pada harga RM6,500.