Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan keputusan Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar parti sebagai permulaan kepada pengakhiran parti berkenaan.
Syed Saddiq berkata Mustapa atau lebih dikenali dengan Tok Pa, adalah antara pemimpin UMNO yang beliau paling hormati sejak dari dahulu sehingga kini, dan beliau masih mengagumi ketokohan Ahli Parlimen Jeli itu.
"Saya jadi menteri, saya lihat beliau di Parlimen saya masih menghormati beliau, bukan sahaja pemimpin berpengalaman, malah apa beliau buat untuk negara telah banyak membantu dan tidak boleh dinafikan.
"Apabila mendengar beliau keluar UMNO, saya terkejut dan saya berpendapat ia pengakhiran kepada UMNO... kehilangan orang macam beliau (Mustapa) sesuatu yang besar kepada UMNO," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menjadi antara empat pendebat dalam siri debat umum bulanan dikenali "Re:Action-Youth Engaged' anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia serta Kementerian Belia dan Sukan di universiti berkenaan, malam tadi.
BACA: Saya tidak percaya kerajaan - Syed Saddiq
Tiga yang lain ialah pendebat terbaik Asia 2018, Ahmad Syarifuddin Ahmad Fakhir; pelajar kolej Yayasan United Engineers Malaysia (UEM), Kishen Sivabalan dan pelajar tingkatan empat Sekolah Seri Puteri Cyberjaya Atiyah Khairuddin.
Mustapa dalam satu kenyataan pada Selasa mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti itu.
Beliau mengambil keputusan itu setelah melakukan pemerhatian tentang landskap politik Malaysia, hala tuju UMNO dan Barisan Nasional serta masa depan negara.
Ditanya sama ada Bersatu mengalu-alukan Mustapa menyertai parti itu, Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu akan berlaku.
"Saya berharap Tok Pa bersama kita untuk masa depan rakyat Malaysia kerana beliau pemimpin yang sangat bagus, tapi sekiranya tidak bersama, saya tetap akan hormati beliau," katanya.
BACA: Tok Pa sedar Umno sudah rosak - Dr Mahathir
BACA: Tok Pa keluar Umno: Kita tidak selalunya betul - Ku Li
Sementara itu, mengulas mengenai program debat malam tadi, Syed Saddiq menyifatkan program tersebut berjaya kerana perbincangan dan pengucapan awam mengenai isu-isu semasa dibincangkan secara umum oleh golongan muda.
"Saya berpandangan kejayaan hari ini akan disusuli dengan lebih banyak perbincangan formal, akan ada perbincangan yang lebih rancak di media sosial dan juga media arus perdana termasuk televisyen dan radio," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 18 2018
Syed Saddiq antara empat pendebat dalam siri debat awam 'Re:Action-Youth Engaged' anjuran UIAM serta KBS di universiti berkenaan, malam tadi. --fotoBERNAMA
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Sokong PM: Ahli Parlimen Jeli sahkan terima peruntukan RM300,000
Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik mengesahkan sudah menerima peruntukan RM300,000 daripada kerajaan Persekutuan selepas menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sokong PM: Ahli Parlimen Jeli nafi terima rasuah, ugutan ‘broker politik’
Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik menafikan menerima rasuah mahupun ugutan daripada broker politik atas keputusan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pendekatan baharu tangani miskin tegar diperkenal akhir April ini - Mustapa
Kerajaan akan memperkenalkan pendekatan baharu yang lebih holistik dan komprehensif bagi menangani isu miskin tegar selewat-lewatnya akhir April ini.
Dakwaan Tok Pa langgar SOP: Kertas siasatan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya
Keterangan Mustapa serta enam yang lain termasuk individu yang membuat hantaran itu diambil bermula tengah hari hingga petang kelmarin.
Tiada perbincangan mengenai rombakan kabinet - Guan Eng
Kabinet tidak dimaklumkan kemungkinan akan berlaku rombakan dalam masa terdekat ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Tun M suka Tok Pa masuk Bersatu
Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa gembira selepas menerima masuk Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam partinya.
Mustapa Mohamed sertai Bersatu
Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), selepas keluar dari UMNO pada 18 September lalu.
Tok Pa sahkan beliau dipanggil polis
Datuk Seri Mustapa Mohamad yang Juga Ahli Parlimen Jeli mengesahkan bahawa beliau telah dipanggil oleh pihak polis berhubung dana yang diterima oleh Badan Perhubungan UMNO Kelantan.
Pengunduran Tok Pa, pengakhiran UMNO - Syed Saddiq
Syed Saddiq berkata Mustapa adalah antara pemimpin UMNO yang beliau paling hormati sejak dari dahulu sehingga kini, dan beliau masih mengagumi ketokohan Ahli Parlimen Jeli itu.
Tok Pa tahu apa yang dia buat - Datuk Alwi
Datuk Mustapa adalah seorang yang bijak dan semua tindakannya pasti ada kepentingan untuk UMNO.