Penggiat industri kreatif khususnya dalam sektor perfileman negara perlu mempunyai akreditasi dalam kepakaran masing-masing agar mereka dapat memenuhi standard yang dikehendaki, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata, akreditasi yang diberikan oleh badan profesional amat penting bukan sahaja bagi mengiktiraf kepakaran serta pengalaman para penggiat, tetapi juga bagi memastikan kualiti perfileman negara dapat ditingkatkan dan seterusnya melindungi industri tempatan
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Tawaran Dana Kandungan Digital (DKD), Cek Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) dan Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), di sini hari ini.
Katanya, pemeteraian MoU antara ketiga-tiga institusi dan badan itu hari ini dilihat mampu menjadi batu loncatan terutamanya dalam merealisasikan visi utama menjadi pengiktiraf utama bagi penggiat industri kreatif khususnya sektor perfileman negara.
"Ini mustahak untuk kita memperkasa latihan-latihan berkaitan dunia perfileman, yang kedua untuk akreditasi kepada dunia perfileman dan ketiga untuk menggalakkan self assesment dalam kalangan penggiat dunia filem," katanya.
"Akreditasi bermatlamat tingkatkan kualiti dan bukannya perkara akademik tapi soal bagaimana nak memperkasa latihan sedia ada, melindungi industri tempatan termasuk semua yang terlibat, kru dan sebagainya dan nak mengalakkan self assesment sesama pemain industri," tambahnya.
Katanya, langkah itu juga membabitkan kerjasama yang akan memastikan pembangunan latihan akan diselenggara dengan tersusun serta menjadi pemantau bagi mewujudkan pangkalan data sistematik yang menyatukan pemain industri.
Jelasnya, latihan yang disediakan oleh badan akreditasi juga mampu mempercepat proses peningkatan dan kebolehupayaan kerjaya dan kendiri individu.
Terdahulu, Saifuddin menyerahkan surat tawaran DKD yang diberikan FINAS berjumlah RM7.9 juta membabitkan 37 syarikat produksi dan 16 penerima dana mikro.
Selain itu beliau turut menyampaikan cek ITFC di bawah Skim Wajib Tayang berjumlah RM1.8 juta kepada 14 syarikat yang telah menerbitkan 16 filem terdiri daripada pelbagai genre.
Pemberian dana ini adalah berdasarkan Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) yang dilancarkan pada 28 Julai lalu. - BERNAMA
Bernama
Wed Aug 26 2020
Menurut Saifuddin, latihan yang disediakan oleh badan akreditasi juga mampu mempercepat proses peningkatan dan kebolehupayaan kerjaya dan kendiri individu. - Gambar hiasan
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.