Pengerusi Education Malaysia Global Services (EMGS), Datuk Abdul Rahman Mohamed Shariff mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di atas tiga pertuduhan di bawah Kanun Keseksaan.
Hakim, Azura Alwi menetapkan 13 Februari depan untuk sebutan semula kes.
Tertuduh diwakili peguam Datuk Salehuddin Saidin manakala pendakwa raya Farah Yasmin Salleh.
Abdul Rahman, 63 tahun, juga dibenarkan ikat jamin dengan nilai RM100,000 dan perlu melapor diri di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wilayah Persekutuan setiap bulan mulai Februari.
Bagi pertuduhan pertama, Abdul Rahman dituduh pecah amanah dengan memasukkan dana syarikat Yayasan Pengurusan Ilmu sebanyak RM25,000 yang dibayar ke akaun milik syarikat AK Success Sdn Bhd.
Ia bagi tujuan pembelian Rational Combi Oven & Ultravent plus Exaust Hood bagi pihak syarikat Coffee Sandwich Revival Sdn Bhd milik isterinya, dengan menggunakan lima keping cek kesemuanya bertarikh 13 Disember 2018.
Bagi pertuduhan kedua pula, Abdul Rahman dituduh pecah amanah dengan menjadikan dana Yayasan Pengurusan Ilmu sebanyak RM150,000 ke akaun syarikat Mudra Resources Sdn Bhd miliknya sendiri dengan cek bertarikh 22 November 2018.
Manakala pertuduhan ketiga juga merupakan pecah amanah dana yayasan sama bernilai RM3,049 bagi tujuan pembelian satu kotak cerut Montecristo Edmundo dan satu kotak cerut Romeo y Julieta Wide Churchill menggunakan cek bertarikh 12 Disember 2018.
Semuaa kesalahan itu boleh dihukum di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi 20 tahun, dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.
EMGS adalah syarikat milik penuh Kementerian Pendidikan.
Ia ditugaskan untuk menguruskan dan memproses visa untuk pelajar antarabangsa, termasuk memastikan pelajar asing mendapat insurans kesihatan.
Tahun lalu, EMGS yang ditubuhkan pada 2012 disiasat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Wan Syamsul Amly
Mon Jan 13 2020
Abdul Rahman dibenarkan ikat jamin dengan nilai RM100,000 dan perlu melapor diri di ibu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan setiap bulan mulai Februari.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Pengerusi EMGS tidak mengaku salah tiga pertuduhan pecah amanah
Bagi pertuduhan pertama, Abdul Rahman dituduh pecah amanah dengan memasukkan dana syarikat Yayasan Pengurusan Ilmu sebanyak RM25,000 yang dibayar ke akaun milik syarikat AK Success Sdn Bhd.