Seorang pengarah syarikat pengiklanan mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini pada Isnin atas 12 pertuduhan mengemukakan dokumen dan invois palsu membabitkan jumlah RM10 juta bagi mendapatkan tender Tourism Malaysia.
Tertuduh Ibrahim Omar, 48, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azman Ahmad dan Hakim Azura Alwi.
Di hadapan Hakim Azman, tertuduh didakwa atas tujuh pertuduhan menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen antaranya penyata bank CIMB, Borang A Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), SN Security Hardware Appointment, Lummex Global Sdn. Bhd. Letter of Award untuk kempen komunikasi syarikat itu.
Kesemua dokumen itu digunakan dengan tujuan untuk mendapatkan tender ‘Global Advertising Agencies and Promotion for Tourism Malaysia’ secara ‘request for proposal’ yang mana tertuduh mempunyai sebab mempercayai semua dokumen itu adalah palsu.
Bagi kesemua kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan penjara tempoh sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sementara itu di hadapan Hakim Azura, tertuduh didakwa atas tiga kesalahan sama melibatkan beberapa surat palsu yang dihantar melalui email milik tertuduh bagi mendapatkan tender yang sama.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Menara 1, Tingkat 8, Unit Perolehan Bahagian Pentadbiran, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Jalan P5/6 Presint 5, Putrajaya pada 10 September 2019 dan pejabat Pembangunan Leasing, Corporation Credit and Factoring Sdn. Bhd. (PLCCM) Tingkat 18, Menara Bank Pembangunan, Jalan Sultan Ismail antara 5 dan 10 Jun lalu mengikut seksyen yang sama.
Dua lagi pertuduhan di hadapan hakim sama, tertuduh didakwa memberikan dua invois butiran palsu kepada seorang individu yang bertugas di Pembangunan Leasing, Corporation Credit and Factoring Sdn. Bhd. (PLCCM) dengan niat untuk memperdayakan bagi perkhidmatan ‘Tourism Malaysia Global Media Buy” berjumlah RM7.2 juta yang sedangkan perkhidmatan itu tidak dilaksanakan.
Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di pejabat Pembangunan Leasing, Corporation Credit and Factoring Sdn. Bhd. (PLCCM) Tingkat 18, Menara Bank Pembangunan, Jalan Sultan Ismail, di sini pada 10 Jun 2020 yang dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum dibawah seksyen 24 (2) akta sama.
Hukuman bagi dua pertuduhan itu memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM250,000 bagi kesemua pertuduhan dan pendakwaaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala tertuduh diwakili peguam A. Ashok.
Mahkamah menetapkan 1 September ini untuk sebutan semula kes.
Astro Awani
Mon Jul 27 2020
Kesemua dokumen itu didakwa digunakan Ibrahim dengan tujuan untuk mendapatkan tender Global Advertising Agencies and Promotion for Tourism Malaysia secara request for proposal . - Foto Astro AWANI
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
Bursa Malaysia bertukar positif dalam dagangan awal selepas dibuka rendah
Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.17 mata kepada 1,541.59 daripada 1,540.42 semasa ditutup pada Rabu.
Abdul Rahman lepas jawatan dalam CIMB Group, terajui semula PNB
Abdul Rahman telah berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB dari 2016 hingga 2019, yang mana beliau memainkan peranan penting dalam memacu transformasi strategik PNB.
Beberapa perkhidmatan perbankan CIMB masih alami gangguan
Perkhidmatan termasuk transaksi, FPX, MyDebit, kredit dan Terminal Layan Diri masih mengalami gangguan.
Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari
Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini, dengan indeks utama naik 4.36 mata, disokong oleh aktiviti belian di kaunter utiliti dan perkhidmatan kewangan.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
CIMB sasar jumlah pinjaman tumbuh 5-7 peratus pada tahun ini
Bagi tempoh sama, nisbah kos kepada pendapatan pula di bawah 46.9 peratus manakala liputan kerugian pinjaman antara 30 dan 40 mata asas.
Sivasangari sasar emas untuk Olimpik 2028
Pemain skuasy wanita kebangsaan S. Sivasangari menetapkan matlamat utama kariernya dengan menyasarkan pingat emas pada Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, teruskan momentum kenaikan
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.48 mata kepada 1,456.74 berbanding 1,456.26 pada akhir dagangan semalam.
CIMB ganda usaha realisasi aspirasi jadi peneraju kelestarian ASEAN
CIMB terus kukuhkan komitmen kelestariannya dengan meningkatkan sasaran kewangan lestari kepada RM100 bilion menjelang 2024.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, ambil petunjuk prestasi kukuh Wall Street
Pada 9.10 pagi, FBM KLCI naik 0.22 mata kepada 1,403.25 daripada 1,403.03 pada penutup Selasa.