Kadar pengangguran perlu diuruskan dengan efisien supaya situasi ini tidak berpanjangan.

Pengarah Kajian di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Laurence Todd berkata kadar ini sudah pasti akan meningkat namun usaha pengawalan harus dilakukan agar ekonomi dapat pulih dengan lebih cepat.

Menurut beliau, ia bergantung kepada tiga faktor.

Pertama, ia bergantung kepada trajektori pandemik, sama ada ia dapat dikawal atau Malaysia akan berdepan gelombang kedua yang memaksa negara mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi.

Kedua adalah sebanyak mana perniagaan yang sudah gulung tikar.

Kadar pemulihan perniagaan-perniagaan ini bergantung kepada keadaan mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan dikenakan.

Akhir sekali adalah keadaan ekonomi di peringkat global.

"Ini kerana krisis ini bukan sahaja dialami di Malaysia tetapi juga di peringkat dunia. Proses pemulihan bergantung kepada selama mana krisis ini berlanjutan," kata Todd ketika sesi temu bual "Consider This" pada Khamis malam.