Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Openg membayangkan akan tiba masanya penduduk Sabah tidak akan dikenakan sebarang syarat untuk memasuki Sarawak.
Beliau berkata pada masa kini pun tidak ada masalah untuk penduduk di kedua-dua negeri keluar masuk Sabah dan Sarawak selain tiada bayaran dikenakan.
"Ada beberapa aspek yang perlu kita lihat dan sebenarnya untuk Sabah dan Sarawak tiada masalah mengenai perkara itu.
"Namun ada beberapa faktor yang perlu difahami dan diambil kira, termasuk faktor geopolitik," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam anjuran kerajaan negeri untuk meraikan beliau dan rombongan, yang sedang melakukan lawatan dua hari ke Sabah, malam tadi.
Pada masa kini penduduk Sabah menggunakan Pas Lawatan Sosial atau pasport untuk memasuki Sarawak.
Sementara itu, mengulas mengenai lawatannya bersama rombongan ke Sabah, Abang Johari berkata ia bertujuan memperkukuhkan lagi hubungan setia kawan antara kedua-dua negeri.
"Terima kasih dengan sambutan meriah yang diberikan khususnya daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada kami dan banyak perkara yang kita boleh lakukan dengan adanya hubungan baik seperti ini," katanya.
Beliau berkata antara yang boleh dilaksanakan termasuk mempertingkatkan lagi pembangunan dan jaringan perhubungan yang seterusnya melonjakkan lagi industri pelancongan kedua-dua pihak,
"Sudah tentunya Sarawak akan memainkan peranan dalam rangka kerjasama dengan Sabah, Brunei dan Indonesia... kerana saya yakin dan penuh percaya bahawa ini akan beri manfaat kepada kita semua khususnya kepada Malaysia kerana wilayah Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada negara ini," katanya.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata lawatan balas daripada Ketua Menteri Sarawak adalah satu langkah yang cukup baik dalam usaha memperkuatkan hubungan untuk membina sebuah negara Malaysia.
"Banyak perkara yang kita boleh lakukan demi generasi akan datang. Sabah dan Sarawak mempunyai persamaan dari segi budaya, adat resam serta agama dan ia sudah tentu menjadi kebanggaan kita kerana walaupun kita hidup dalam kepelbagaian namun kita sentiada hidup aman dan damai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 15 2019
Abang Johari (kanan) dan Mohd Shafie (kiri) ketika hadir pada majlis malam tadi. Astro AWANI
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Nuzul al-Quran: Elak bertunjangkan Barat, Sarawak corak acuan pembangunan inklusif
Abang Johari menegaskan, apa yang jelas kelihatan saat ini ialah, tamadun dan kebudayaan Barat sedang melalui proses penurunan.
Sebuah lagi Muzium Budaya Borneo akan dibina di Bintulu - Abang Johari
Abang Johari berkata bahagian Bintulu mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang perlu dikongsikan kepada umum.
Sarawak perlu lebih ramai jurutera kimia - Abang Johari
Kepakaran dalam bidang itu amat diperlukan di Sarawak dengan adanya dua cadangan pelaburan petrokimia di Bintulu.
GPS mahu menang semua kerusi PRU15 - Abang Johari
Jika semuanya menepati ramalan, tugas memenangi kesemua kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Sarawak boleh tercapai.
Abang Johari beri penghargaan kepada Jaul Samion
Jaul antara yang terlibat membantu beliau apabila dilantik mengetuai kementerian baharu bagi menggalakkan perindustrian di Sarawak.
Sarawak fokus dua tunjang utama ekonomi, penuhi permintaan 8 bilion populasi dunia
Sarawak akan fokus kepada dua peluang ekonomi paling utama iaitu pembangunan ekonomi hijau dan memantapkan sumber bekalan makanan.
SEDC penting dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui - Abang Johari
Ia selaras dengan agenda negeri ke arah menggalakkan tenaga hijau menjelang 2030.
Jenaka 'restroom, four push two' Abang Jo geletek hati perwakilan PBB
Beliau mengulangi keperluan menguasai Bahasa Inggeris tanpa menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Abang Jo beri bayangan Ahmad Johnie dicalonkan semula di Igan
Abang Johari berkata, secara tradisi, kerusi tersebut sememangnya milik parti PBB, yang menerajui gabungan GPS.
Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.