Gegaran gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter di Sumatera Utara malam ini turut dirasai di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang.
Gegaran yang dilapor berlaku pukul 8.42 malam itu turut dirasai oleh mereka yang berada Sri Hartamas, Kota Damansara dan Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
Seorang pekerja swasta, Zulkiflie Aminuddin, 25, berkata pada awalnya beliau menyangka dirinya diserang migrain apabila tiba-tiba terasa pening ketika sedang berehat di rumahnya di tingkat 18, Kondominium Kiaramas Sutera, di sini.
"Semasa ingin ke dapur, langkah saya agak tidak stabil dan saya berasa pening...saya ingatkan migrain tetapi ia hanya dalam 10 saat sahaja.
"Saya segera memeriksa berita di laman sosial, barulah saya tahu pening yang saya alami tadi adalah kesan gegaran gempa di Sumatera," katanya kepada Bernama.
Detik cemas tersebut turut dikongsi seorang suri rumah, Syakira Mustapha, 34, yang ketika itu berada di sebuah restoran di TTDI bersama keluarganya.
"Gelas minuman kami di atas meja tiba-tiba bergerak, saya juga terasa pening...pada mulanya saya ingat air minuman beralun disebabkan bunyi kuat daripada muzik di situ.
"Sangkaan saya meleset apabila pemuzik berhenti bermain...namum, air minuman saya tetap beralun di dalam gelas," katanya.
Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan kecemasan berhubung kejadian tersebut.
"Setakat ini, bilik gerakan tidak mendapat sebarang aduan daripada orang ramai mengenai kejadian itu, bagaimanapun kami akan sentiasa memantau dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku," katanya.
Di Pulau Pinang, gegaran turut dirasai di Bayan Lepas, Bayan Baru, Batu Maung, Sungai Ara, Jelutong, Gelugor, George Town, Padang Kota dan Air Itam di bahagian pulau manakala di tanah besar pula di Juru, Seberang Jaya, Butterworth, Sungai Dua, Batu Kawan dan Nibong Tebal.
Penduduk di Pangsapuri Ampang Jajar, Butterworth, Noorfaridaton Ahmad Razak, 41, berkata gegaran penduduk bertindak turun ke kawasan parkir kenderaan kerana bimbangkan keselamatan.
"Kami sekeluarga baru selesai makan malam kira-kira pukul 9 malam apabila tiba-tiba terasa gegaran dan ada barang dalam rumah yang bergoyang. Kami semua turut pening sebelum sekali lagi berlaku gegaran dalam tempoh lima minit.
"Kami kemudian turun ke kawasan parkir dan selepas itu baru tahu ada berlaku gempa bumi di Sumatera. Alhamdulilah di sini tak ada apa-apa berlaku," kata ibu kepada tiga anak itu.
Sementara itu, Norisyam Abdullah, 35, berkata dia berada di sebuah pasar raya di Seberang Jaya ketika berlaku gegaran dan orang ramai yang ada di situ kemudian bertindak keluar dari bangunan dua tingkat tersebut.
Katanya ada barang di rak di pasar raya itu yang jatuh akibat gegaran gempa bumi tersebut.
"Saya terus balik ke rumah di apartmen Delima Impian, Juru dan lihat semua penghuni berkumpul di kawasan letak kenderaan. Mereka juga mendakwa terasa gegaran yang kuat sehingga ada perabot rumah seperti meja makan, katil dan sofa bergerak.
"Suami saya yang berada di rumah juga memaklumkan lampu dan kipas di siling bergoyang dan air dalam akuarium juga berkocak ketika gegaran itu. Setakat ini tiada barang yang rosak akibat kejadian berkenaan," katanya.
Jurucakap bomba dan penyelamat berkata pihaknya ada menerima aduan mengenai gegaran itu, bagaimanapun tiada kerosakan dilaporkan.
Di IPOH, penduduk di sekitar bandaraya itu dan Manjung juga dapat merasakan gegaran tersebut.
Seorang penduduk, Hassan Abdul Razak, 42, dari Ipoh berkata beliau merasakan gegaran itu selama lima saat ketika sedang makan bersama keluarganya.
"Saya tengah duduk makan bersama keluarga sekitar jam 8.50 atau 9 malam tadi sebelum merasakan gegaran tersebut.
"Tapi gegaran itu tidaklah kuat sangat sehingga membuatkan kami panik," katanya ketika dihubungi.
Di Manjung, seorang pekerja kedai telefon bimbit Nur Erina Jasni, 21, berkata dia merasakan gegaran selama beberapa saat ketika sedang baring atas katil kira-kira pukul 9 malam.
"Baru nak terlelap saya terkejut apabila katil tiba-tiba bergegar.
"Saya tengok di Facebook ada beberapa rakan juga beritahu ada rasa gegaran itu," katanya.
Bernama
Mon Jan 16 2017
Beberapa penghuni Flat Seri Saujana berkumpul di perkarangan kawasan perumahan itu selepas merasai gegaran kira-kira pukul 8.42 malam tadi. - Foto Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi sederhana dikesan di Taiwan
Gempa bumi dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 71 km tenggara dari Taichung, Taiwan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Gempa bumi di Taiwan diunjur beri kesan minimum kepada industri semikonduktor Malaysia
Antara bangunan di Hualien yang runtuh akibat gempa bumi yang melanda timur Taiwan. FOTO CNA / AFP
Gempa bumi kuat dikesan di Papua New Guinea
Pusat gempa itu dikesan pada kedalaman 68km iaitu 30km tenggara dari New Britain Island.
Gempa bumi bermagnitud 5.4 landa timur Taiwan
Pusat gempa kali ini dikesan di Lautan Pasifik, 40.2 kilometer (km) timur- timur laut Dewan Daerah Hualien, pada kedalaman 16.9km.
Gempa bumi di New York, New Jersey: Kementerian Luar giat selaras usaha
Gegaran dirasai di seluruh kawasan Tri-State (New York, New Jersey, Connecticut) dan sejauh utara Massachusetts.
Dua warga Singapura hilang selepas gempa bumi di Taiwan - Laporan
Pejabat Perdagangan Singapura di Taipei berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan mengenai perkara itu.
Gempa bumi 4.8 magnitud melanda bandaraya New York dan kawasan sekitar
Kementerian Luar Negeri, melalui Konsulat Malaysia di New York, mengesahkan satu kejadian gempa bumi dengan magnitud 4.8 melanda berhampiran Stesen Whitehouse, New Jersey.