Pendedahan sembilan klip rakaman audio berhubung dakwaan konspirasi pecah amanah, salah guna kuasa, serta pemalsuan bahan bukti dilakukan demi kepentingan awam, tegas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya.
Menurut beliau, tindakan itu penting untuk dilakukan bagi memastikan tahap integriti serta ketelusan badan seperti SPRM dan Pejabat Peguam Negara (AGC) tidak lagi dipersoalkan pihak tertentu.
“Bukan sahaja atas nama ketelusan, tetapi kerana kami tidak mahu lagi melihat badan bebas seperti SPRM diperlekehkan atau berlaku kompromi dalam AGC, yang mana anda lihat dokumen rahsia disebarkan dan sebagainya.
“Jadi kami merasakan amat perlu untuk kami mendedahkan bukti seperti ini,” katanya dalam satu sidang media khas di Putrajaya, hari ini.
Melalui sidang media itu, media diperdengarkan sembilan klip rakaman audio mengandungi perbualan telefon antara individu berprofil tinggi seperti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Zulkifli Ahmad.
Tidak ketinggalan rakaman perbualan dengan Putera Mahkota Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Putera Sheikh Mohammed Zayed Al-Nahyan.
BACA: "Sayang, awak Perdana Menteri, lakukan sesuatu" - Dipercayai arahan Rosmah pada Najib
Rakaman tersebut antaranya mengandungi pembocoran rahsia yang diklasifikasikan Akta Rahsia Rasmi (OSA), cubaan untuk memalsukan bahan bukti berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain arahan tertentu untuk menaikkan pangkat individu dalam kerajaan.
Mengulas lanjut, Latheefa berkata, SPRM baru sahaja menerima bukti berkenaan awal tahun ini dan akan menyerahkannya kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun, beliau berkata, tidak banyak yang akan didedahkan mengenai bagaimana rakaman berkenaan diterima atau siapa penghantarnya.
Namun begitu, Latheefa menegaskan, rakaman itu asli dan jelas menunjukkan elemen salah guna kuasa yang serius dalam negara ini.
“Dalam kesalahan yang kami catat melalui perbualan ini, ada elemen salah guna kuasa, tetapi banyak juga perkara yang tertakluk kepada Kanun Keseksaan, jadi kami akan memberikan semua bukti ini untuk tindakan lanjut pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)," tegas beliau lagi.
Firdaus Azil
Wed Jan 08 2020
Pendedahan rakaman audio itu dibuat bagi memastikan tahap integriti serta ketelusan SPRM dan Pejabat Peguam Negara tidak lagi dipersoalkan pihak tertentu, kata Latheefa Koya. - Gambar Astro AWANI
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.
Kes pinda laporan audit 1MDB: Rayuan pendakwaan ditetapkan untuk satu lagi tarikh pengurusan kes pada 21 Julai
Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dalam kes meminda laporan audit 1MDB.