Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) bersetuju untuk memberi tempoh lanjutan masa pemilihan seluruh jawatankuasa termasuk Majlis Tertinggi UMNO dijalankan selewat-lewatnya pada 19 April 2019.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata RoS bersetuju untuk memberi tempoh lanjutan masa dengan merujuk kepada Fasal 10.16 Perlembagaan Pertubuhan.
"Fasal itu membenarkan penangguhan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi dalam tempoh yang tidak lebih daripada 18 bulan dari tarikh yang sepatutnya diadakan iaitu pada 30 April 2018.
"Selaras dengan itu, Majlis Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan UMNO dan Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO dimulakan pada 19 Mei 2018 (Sabtu) sehingga 10 Jun (Ahad) 2018," katanya dalam kenyataan.
Mesyuarat UMNO di peringkat bahagian pula ditetapkan pada 30 Jun 2018 (Sabtu) dan kesemua persidangan ini dijalankan secara serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat.
Tengku Adnan berkata, UMNO telah menerima kebenaran daripada RoS yang memaklumkan berhubung lanjutan pemilihan itu melalui surat bertarikh 31 Okt 2017.
Hakim Rahman
Sat May 19 2018
Penangguhan boleh dilakukan tidak lebih daripada 18 bulan daripada tarikh sepatutnya diadakan iaitu pada 30 April 2018. - Astro AWANI/Fail
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Keputusan pecat Isham dibuat MT UMNO - Ahmad Zahid
Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh MT parti tanpa perlu melalui Jawatankuasa Disiplin.
Zuraida tandatangani dokumen iktiraf saya sebagai presiden PBM - Larry Sng
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Larry Sng mendedahkan bekas timbalannya Datuk Zuraida Kamaruddin ada menandatangani dokumen mengiktiraf sebagai presiden parti itu.
Pengukuhan UMNO tepis persepsi parti dalam cacamarba - Ahmad Zahid
Pengukuhan UMNO yang sedang dilakukan sekarang adalah untuk menepis persepsi kononnya parti itu kini dalam keadaan cacamarba.
Semua ahli perlu akur dan patuh keputusan MKT UMNO - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua anggota parti agar sentiasa akur dan patuh dengan keputusan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO.
Pintu PBB kini terbuka kepada belia, medan bincang aspirasi anak muda - Syed Hamzah
PBB melakar sejarah dengan kemenangan calon termuda, Syed Hamzah Datuk Wan Hamid, 37, sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu.
Belum terima cadangan tarikh PRU15 - Perdana Menteri
Sebarang perkara berkaitan Pilihan Raya Umum ke-g15 (PRU15) akan dibincangkan secara bersama di dalam parti, kata Ismail Sabri Yaakob.
Darurat diisytihar di Sudan, kerajaan dibubarkan
Ketua Majlis Tertinggi Sudan pada Isnin mengisytiharkan pelaksanaan darurat sekaligus membubarkan sistem pemerintahan negara itu.
Penangguhan pemilihan UMNO tidak sah, kata RoS
Ketua Pengarahnya Jasri Kasim menjelaskan ia disebabkan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.
UMNO tarik diri: Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan
Ia (kenyataan Ahmad Zahid) masih perlu dibuktikan menerusi instrumen undang-undang sedia ada seperti akuan bersumpah.
Mesyuarat MKT UMNO: Ahmad Zahid perlu berjiwa besar, letak jawatan demi parti - Zahidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berjiwa besar untuk mengundur diri selepas terpalit dengan kes mahkamah.