Terserah kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membuat keputusan mengenai cadangan pemberian penutup mulut dan hidung secara percuma, terutamanya di kawasan-kawasan berisiko COVID-19, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi.
"Ada diperbincangkan, tetapi saya tidak boleh memberi maklumat tentang itu. Tunggulah keputusan nanti, memang kerajaan prihatin kepada rakyat," katanya ketika ditanya sama ada kerajaan bercadang mengedarkan penutup mulut dan hidung secara percuma kepada rakyat seperti yang dilaksanakan di beberapa kawasan berisiko di Thailand oleh unit kesihatan negara itu.
Nanta yang ditemui semasa membuat tinjauan bekalan barangan keperluan semasa di sebuah pasar raya di sini berkata, kerajaan sedang mempergiatkan usaha memastikan bekalan topeng muka di dalam negara mencukupi, termasuk mendapatkan bekalan dari luar negara dan melarang eksport ke luar negara.
"Jadi kita tunggu beberapa hari lagi barangan itu akan masuk. Banyak juga pengimport hendak bawa masuk, jadi usaha-usaha ini kami yakin akan dapat mengatasi masalah kekurangan penutup mulut dan hidung," katanya.
Ditanya sama ada kerajaan akan menghadkan pembelian penutup mulut dan hidung bagi setiap individu apabila bekalan masuk kelak, Nanta berkata, ketika ini tiada cadangan untuk melaksanakan perkara itu, namun beliau menasihatkan orang ramai agar membeli mengikut keperluan.
"Belum sampai nak hadkan pembelian, tetapi kita rayu kepada semua supaya membeli secara berhemah, fikirlah orang lain kalau kita beli terlalu banyak untuk kita sendiri, itu tunjukkan kita tidak prihatin terhadap orang lain," katanya.
Mengenai barangan keperluan harian Nanta berkata, setakat ini pemantauan pihak kementerian mendapati bekalan di seluruh negara adalah mencukupi, walaupun terdapat aktiviti pembelian panik berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
"Ada di beberapa tempat berlaku pembelian panik, tetapi tidak sampai kepada tahap yang terlalu teruk dan tidak berkekalan. Mungkin pengguna di kawasan berkenaan membeli berlebihan, tetapi tidak sampai ke tahap merisaukan," katanya.
Menurut beliau, kementerian akan terus memantau bekalan dan harga barangan keperluan, sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 22 2020
Mengenai barangan keperluan harian Nanta berkata, setakat ini pemantauan pihak kementerian mendapati bekalan di seluruh negara adalah mencukupi. - Gambar Facebook
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.